v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Bangunkan Zon Kerjasama Ekonomi Serantau yang Terbuka kepada ASEAN

2008-03-07 16:34:35 CRI

Rancangan Pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi" telah diluluskan oleh kerajaan China baru-baru ini dan disenaraikan dalam strategi pembangunan negara. Berdasarkan rancangan tersebut, Zon Ekonomi Teluk Beibu akan dibangun menjadi sebuah zon kerjasama ekonomi antarabangsa pertama di China yang terbuka kepada ASEAN dan bertujuan meningkatkan kerjasama dengan pelbagai negara ASEAN. Ia boleh mendorong kepada penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN.

Naib Perdana Menteri, Zeng Peiyan dalam sidang taklimat "Rancangan Zon Ekonomi Teluk Beibu" minggu lalu di Beijing berkata, pembangunan zon ekonomi tersebut merupakan langkah kerajaan yang penting bagi mendorong perkembangan sosioekonomi di bahagian barat China dan meningkatkan taraf pintu terbuka dan kerjasama dengan ASEAN. Kata beliau: "Guangxi merupakan satu-satunya tempat yang mempunyai pesisir pantai di kawasan barat China. Sebelah timurnya hampir dengan Provinsi Guangdong, Hong Kong dan Makau yang taraf ekonominya maju. Guangxi mempunyai laluan perhubungan dengan negara ASEAN di darat dan laut. Oleh itu, Guangxi mempunyai kelebihan yang sangat ketara dari segi geografi dan mempunyai potensi perkembangan yang besar. Selain itu, ekonomi Asia, terutama ekonomi rantau Asia Tenggara yang berkembang pesat dan dinamik juga menyediakan syarat yang baik kepada pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi. Penerokaan di zon tersebut dan terbukanya kepada dunia luar berfaedah bagi mendorong pembangunan di seluruh kawasan barat daya China dan mempererat kerjasama antara China dengan ASEAN, terutama penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN.

Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, terletak di bahagian barat daya China, berhampiran dengan Vietnam dan menghadapi Teluk Beibu di selatannya. Seiring dengan Ekspo China-ASEAN dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN yang diadakan setahu sekali di bandar Nanning, ibu kota Guangxi sejak tahun 2004, hubungan pertukaran dan kerjasama antara Guangxi dengan pelbagai negara ASEAN menjadi semakin rapat dalam bidang perdagangan, pelaburan, pengangkutan dan kebudayaan. Sekarang, Guangxi menjadi pintu utama bagi China untuk mengadakan kerjasama dengan ASEAN dan memainkan peranan postif dalam mendorong penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN.Banyak perusahaan China memanfaatkan kelebihan Guangxi yang lokasinya berdekatan dengan ASEAN untuk memasuki pasaran rantau itu.

Zon Ekonomi Teluk Beibu terdiri daripada empat bandar, iaitu Nanning, Beihai, Qinzhou dan Fangchenggang yang keluasannya kira-kira 42.5 ribu kilometer persegi dan menggabungkan tiga zon ekonomi serantau yang penting, iaitu Zon Ekonomi Selatan dan Zon Ekonomi Barat Daya China serta Zon Ekonomi ASEAN. Zon Ekonomi Teluk Beibu kaya dengan sumber-sumber dalam perlombongan, laut dan pelancongan dan mempunyai infrastruktur pengangkutan yang sempurna dari segi jalan raya, penerbangan dan pelabuhan. Semasa menghuraikan strategi pembangunan di Zon Ekonomi Teluk Beibu, Pengerusi Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, Encik Ma Biao berkata: "Zon Ekonomi Teluk Beibu akan memainkan peranan sepenuhnya sebagai laluan penting yang menghubungkan beberapa tempat di rantau ini dan melaksanakan strategi kerjasama dan pintu terbuka kepada ASEAN dan Pankawasan Delta Sungai Mutiara. Zon tersebut akan dibangunkan menjadi pangkalan dalam bidang logistik, perdagangan dan industri pembuatan serta pusat interaksi maklumat yang terbuka kepada ASEAN. Ia menyasarkan matlamat supaya menjadi zon kerjasama ekonomi serantau yang maju ekonominya, masyarakat harmoni dan mempunyai keadaan ekologi yang baik.

Dimaklumkan, Zon Ekonomi Teluk Beibu akan membangun beberapa pangkalan perdagangan dan logistik yang terbuka kepada ASEAN, membina pangkalan industri moden dalam bidang sumber tenaga, besi dan keluli, pembuatan kertas dan makanan. Ia juga akan membentuk platform perkhidmatan yang profesional untuk menyediakan maklumat mengenai perdagangan, pelaburan, kewangan, pelabuhan, perkapalan, pemeriksaan dan kuaratin produk dan membentuk jaringan pengangkutan yang merangkumi jalan raya, landasan kereta api, laluan laut dan udara. Di samping itu, Zon Ekonomi Teluk Beibu akan berusaha meningkatkan kerjasama dengan ASEAN dalam tiga bidang utama, iaitu pengangkutan, industri dan kewangan.

Ketua Jabatan Asia Tenggara dan Oceania Institut Kajian Hubungan Antarabangsa Sezaman China, Encik Zhai Kun berkata, Zon Ekonomi Teluk Beibu akan menyediakan sebuah platform kerjasama yang berefisien tinggi untuk perusahaan China-ASEAN. Beliau, seorang pakar dalam isu Asia Tenggara berkata, zon itu akan memainkan peranan postif untuk mendorong kerjasama perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua pihak. Kata beliau: "Zon Ekonomi Teluk Beibu merupakan satu-satunya zon pembangunan negara yang terbuka kepada ASEAN, maka rancangan pembangunan dan dasarnya akan digubal dengan mempertimbangkan tuntutan negara ASEAN. Oleh itu, ia mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki di tempat lain dalam menjalankan kerjasama dengan negara ASEAN. Zon Ekonomi Teluk Beibu akan menjadi sebuah platform yang baik kepada perusahaan kedua-dua pihak untuk menembusi pasaran di antara satu sama lain."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |