v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Obor Sukan Olimpik akan Dihantar ke Guangxi

2008-03-12 15:44:16 Agensi Berita Xinhua China

Pada 4 hingga 6 Jun, obor Sukan Olimpik Beijing akan dihantar ke Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi. Penghantaran obor ini akan melalui beberapa buah bandar, antaranya bandar Guilin yang amat indah pemandangannya, dan bandar Nanning yang menjadi bandar penganjur Ekspo China-ASEAN. Rakyat Guangxi akan menari dan menyanyi untuk menyambut ketibaab obor Sukan Olimpik di Guangxi.

Sebagai stesen pertama penghantaran obor Sukan Olimpik di kawasan bahagian barat China, 624 orang pelari obor dan 137 orang pengiring dari Guangxi akan menyertai acara penghantaran obor di bandar Guilin, Nanning dan Baise. Antaranya, 377 orang dipilih oleh kerajaan Guangxi dan 246 orang yang lain dipilih oleh Jawatankuasa Sukan Olimpik China, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing dan kumpulan penaja. Setiap pelari obor akan berlari 200 meter purata. Jauhnya laluan penghantaran obor ini hampir 41.6 kilometer di setiap bandar.

Maklumat daripada Suruhanjaya Penganjur Aktiviti Penghantaran Berganti-ganti Obor Sukan Olimpik Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi menyatakan bahawa, pelbagai jabatan yang berkenaan sedang menentukan laluan dan jadual penghantaran berganti-ganti obor Sukan Olimpik yang istimewa. sepanjang tempoh penghantaran obor ke Guangxi, Guangxi akan mempamerkan keistimewaannya kepada China dan dunia. Keistimewaan itu akan dipamerkan daripada 5 aspek:

Pertama, mempamerkan kelebihan kedudukan geografi Guangxi, kebudayaan yang mempunyai sejarah yang lama, dan adat resam yang beraneka ragam.

Kedua, mempamerkan persekitaran pelaburan Guangxi yang baik termasuk komunikasi Guangxi yang mudah dan infrastruktur yang semakin hari semakin disempurnakan.

Ketiga, mempamerkan sumber pelancongan Guangxi yang kaya dan pemandangan yang indah.

Keempat, mempamerkan bandar Nanning, ibu kota Guangxi sebagai salah satu bandar utama di kawasan kerjasama ekonomi Pan Teluk Beibu, yang berkembang pesat sejak Ekspo China-ASEAN diadakan di situ.

Kelima, mempamerkan bandar Baise yang menjadi pangkalan industri aluminium, bukan sahaja bagi China, malah bagi Asia, selepas dasar pembaharuan dan dasar pintu terbuka China dilaksanakan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |