v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu Diberi Perhatian Meluas

2008-03-28 17:33:43 CRI

Usaha pembangunan dan dasar pintu terbuka di Zon Ekonomi Teluk Beibu, Guangxi telah ditetapkan sebagai strategi pembangunan negara. Ia juga satu langkah penting kerajaan China bagi menggalakkan perkembangan ekonomi serantau. Dalam Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-11 China yang berakhir di Beijing baru-baru ini, peranan yang bakal dimainkan oleh Zon Ekonomi Teluk Beibu dalam menggalakkan pembangunan di kawasan barat China dan meningkatkan kerjasama dengan ASEAN telah menjadi topik hangat yang diberi liputan meluas oleh media dalam dan luar negara.

Dalam Persidangan Pertama NPC Ke-11, Perdana Menteri, Wen Jiabao semasa mengimbas kembali usaha pembangunan kerajaan China dalam tempoh 5 tahun lalu berkata, rancangan perkembangan ekonomi di beberapa tempat yang dilaksanakan dari semasa ke semasa telah menggalakkan pembangunan yang seimbang di seluruh negara serta pintu terbuka kepada dunia luar. Rancangan Zon Ekonomi Teluk Beibu mempunyai matlamat yang berlainan dengan rancangan pembangunan di beberapa tempat lain di China. Ia bukan sahaja menyasarkan kepada menggalakkan pembangunan di kawasan barat daya China, tetapi juga matlamat untuk meningkatkan taraf pintu terbuka antara China dengan ASEAN.

Semasa menghuraikan kelebihan geografi yang dimiliki oleh Zon Ekonomi Teluk Beibu, Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, Chen Wu berkata: "Zon Ekonomi Teluk Beibu terletak di tengah-tengah Zon Ekonomi ASEAN, Zon Ekonomi Selatan dan Zon Ekonomi Barat Daya China."

Zon ekonomi itu merupakan satu-satunya kawasan pesisir pantai dalam lingkungan pelaksanaan Strategi Pembangunan secara Besar-besaran di Bahagian Barat China. Ia juga satu-satunya tempat yang mempunyai laluan perhubungan dengan negara ASEAN di darat dan laut. Beberapa tahun yang lalu, Guangxi memainkan peranan "pintu utama" dalam menggalakkan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN dan aktif menyertai kerjasama serantau. Chen Wu berkata: "Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kami menganjurkan dengan jayanya Ekspo China-ASEAN dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN serta Forum Kerjasama Ekonomi Pan Teluk Beibu."

Sekarang, Ekspo China-ASEAN menjadi satu landasan bagi menggalakkan kerjasama perdagangan dan pelaburan antara China dengan negara ASEAN dan meningkatkan persefahaman antara kedua-dua pihak.

Menurut Perdana Menteri Wen Jiabao, antara tugas utama bagi kerajaan China pada tahun 2008, mempergiat kerjasama luar dan meningkatkan taraf ekonomi yang bersifat terbuka, menjalankan inovasi terhadap cara pelaburan dan kerjasama luar serta mempergiatkan kerjasama ekonomi dua hala dan serantau. Berdasarkan rancangan pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu yang diluluskan oleh China baru-baru ini, Guangxi akan menumpukan usaha kepada penubuhan "tiga pangkalan dan satu pusat" yang bertujuan mengadakan kerjasama dengan ASEAN. Chen Wu menghuraikan: "Itu termasuk penubuhan pangkalan pengedaran komoditi, pangkalan perdagangan, pangkalan industri pembuatan dan pusat perkongsian maklumat. Ia akan membolehkan Zon ekonomi tersebut memainkan peranan yang lebih besar dalam kerjasama serantau."

Seiring pelaksanaan usaha pembangunan dan pintu terbuka Zon Ekonomi Teluk Beibu, industri pengedaran komoditi Guangxi dijangka berkembang dengan pesat. Ketua Pengarah Biro Landasan Kereta Api Nanning, Shao Liping berkata, sekarang dipergiatkan usaha pengangkutan landasan kereta api Guangxi terutama bagi kargo pelabuhan. Tetapi jika dipandang daripada perkembangan pada masa akan datang, Guangxi perlu membentuk jaringan landasan kereta api yang lebih cekap agar memberi sokongan kepada pembangunan di Zon ekonomi tersebut. Katanya: "Tiga pelabuhan utama di kawasan Teluk Beibu merupakan laluan laut yang paling efisen di bahagian barat daya China kerana ia mempunyai kelebihan yang ketara dari aspek jumlah muatan, jarak, masa dan kos dalam proses pengangkutan. Sekarang jumlah pengangkutan landasan kereta api yang dirancang untuk ketiga-tiga pelabuhan itu mencatat 45 juta tan, angka itu hanya mencapai kadar 75% daripada jumlah yang diperlukan. Walau bagaimanapun, berdasarkan rancangan pembinaan landasan kereta api negara dalam jangka masa panjang dan sederhana, jaringan landasan kereta api di Guangxi pastinya akan mengalami perkembangan yang besar pada masa akan datang. Oleh itu, mereka yang berpandangan jauh tidak akan memandang masalah landasan kereta api ini sebagai halangan bagi memajukan usaha pelaburan mereka di sini, termasuk dalam industri pemprosesan, pembuatan dan perdagangan."

Selain usaha pembinaan infrastruktur dan pembangunan industri, Rancangan Pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu itu juga melibatkan usaha-usaha dalam pembangunan masyarakat dan ekologi. Beihai merupakan sebuah bandar yang terkenal di kawasan teluk itu dan juga salah sebuah bandar yang paling susuai bagi kediaman manusia di China. Datuk Bandar Beihai, Lian Younong semasa diwawancara berkata: "Kerajaan Beihai amat mementingkan usaha perlindungan alam sekitar dan pembangunan ekologi. Dalam usaha menarik pelaburan dan pembangunan industri, kami tidak membenarkan pelaksanaan projek yang menyebabkan pencemaran dan menggunakan sumber dan tenaga yang berlebihan, terutama sumber alam yang tidak boleh dibaharui."

Demi mempercepat pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu, Guangxi giat berusaha menarik lebih banyak institusi kewangan memasuki zon ekonomi tersebut agar memberikan sokongan kewangan yang diperlukan.

Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, Chen Wu memaklumkan:"Beberapa tahun yang lalu, banyak institusi kewangan telah menubuhkan cawangan mereka di Zon ekonomi teluk itu, termasuk bank negara asing seperti Bank Komersial Saigon, Vietnam.

Ketika menghuraikan usaha yang paling mendesak dilakukan dalam pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu, Chen Wu berkata: "Pada pendapat saya, terdapat banyak usaha yang perlu dilakukan dengan segera, seperti menyempurnakan kemudahan infrastruktur dan menarik kedatangan sejumlah besar tenaga manusia untuk berkhidmat di sini."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |