v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Proses Penggubalan Rancangan pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu

2008-04-04 15:15:34 CRI

Rancangan pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu diluluskan secara rasmi oleh Dewan Negara China pada bulan Januari lalu dan turut disenaraikan dalam strategi pembangunan negara. Menurut rancangan, zon ekonomi itu disasarkan kepada kerjasama dengan negara ASEAN dan melibatkan penubuhan pangkalan pengedaran komoditi, pangkalan perdagangan, pangkalan industri pembuatan dan pusat perkongsian maklumat. Dalam proses penggubalan rancangan pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu, Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) tidak dapat dinafikan telah memainkan peranan yang cukup besar.

"Zon Ekonomi Teluk Beibu merupakan pintu utama dan juga tempat perhubungan yang penting dalam Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA)".

"Ia merupakan pintu laut yang paling dekat bagi provinsi Sichuan, Yunnan, Guizhou dan bandar Chongqing."

"Zon ekonomi itu mempunyai pelabuhan dengan kemudahannya yang sempurna dan pesisir pantai yang panjang."

"Sekarang, pembangunan infrastruktur di kawasan pesisir Teluk Beibu mencapai kemajuan yang besar."

Demikan dinyatakan oleh anggota CPPCC Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi yang berkeyakinan terhadap potensi pembangunan Guangxi pada masa akan datang. Guangxi terletak di bahagian barat daya China dan taraf ekonominya agak ketinggalan. Bagaimanapun, seiring dengan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka dengan lebih mendalam, Guangxi giat mencari jalan bagi pembangunan yang sesuai dengan sendiri dan menumpu perhatian kepada Teluk Beibu, iaitu kawasan perairan yang dilingkari oleh Hainan, Guangdong, Guangxi dan bahagian timur laut Vietnam.

Lokasi Zon Ekonomi Teluk Beibu pada pusat teluk tersebut dan merangkumi empat bandar Guangxi, iaitu Nanning, Beihai, Qinzhou dan Fangchenggang yang mempunyai kelebihan ketara dari segi geografi dan pelabuhan. Oleh yang sedemikian, kerajaan Guangxi memandang pembangunan zon ekonomi itu sebagai satu langkah penting bagi menerajui pembangunan tempatan. Naib Pengerusi CPPCC Bandar Fangchenggang, Lin Xing berkata: "Beberapa tahun yang lalu, Guangxi memperuntukkan dana yang melebihi 10 bilion Yuan RMB bagi menyempurnakan kemudahan infrastruktur di tiga bandar pesisir, terutama kemudahan pelabuhan, perkapalan, jalan raya, bekalan air dan elektrik. Sebelum ini, pembinaan infrastrutur itu dilakukan dengan usaha Guangxi sendiri, namun sekarang ia mendapat keutamaan dasar dan sokongan kewangan daripada kerajaan pusat."

Bagi mendapatkan sokongan dasar daripada kerajaan pusat kepada Zon Ekonomi Teluk Beibu, anggota-anggota CPPCC Guangxi telah melakukan usaha yang gigih. Pemimpin bandar Qinzhou, Huang Daowei memaklumkan: "Ramai anggota CPPCC yang aktif memberi cadangan tentang pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu kerana ia merupakan hasrat rakyat."

Mengemukakan cadangan merupakan cara penting bagi anggota CPPCC untuk menyertai pentadbiran negara. Cadangan mereka akan dikendalikan oleh sebuah badan yang khusus.

Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh setiap anggota tentang pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu diserahkan kepada Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC dan turut mendapat perhatian. Anggota Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Qiu Licheng yang juga Naib Ketua Institut Ekonomi Universiti Nankai berkata: "Lokasi Teluk Beibu itu amat strategik kerana ia menghubungkan China dengan negara ASEAN, terutama dalam kegiatan ekonomi. Serentak itu, Teluk Beibu merupakan pintu laut yang paling efisien di barat daya China, yang pembangunannya mampu menerajui perkembangan ekonomi di kawasan serantau. Oleh itu, pembangunan zon ekonomi itu diberi perhatian anggota Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC."

Setelah meneliti rancangan pembangunan di Teluk Beibu, Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC giat menjalankan penyelidikan secara mendalam. Bermula bulan Oktober tahun 2006, Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC banyak kali menghantar kumpulan penyelidik yang terdiri daripada pakar dan anggota CPPCC ke Guangxi dan provinsi-provinsi yang berhampiran. Anggota Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Zhang Zhigang berkata: "Kami telah mengadakan penyelidikan sebanyak tiga kali di Guangxi. Antaranya, kumpulan yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Jia Qinglin dan beberapa orang Naib Pengerusi."

Hasil-hasil daripada penyelidikan itu telah dikemaskinikan dalam satu laporan khas dan diserahkan kepada Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC. Selepas itu, satu mesyuarat penyelarasan yang disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Jia Qinglin, Mantan Naib Perdana Menteri China, Zeng Peiyan, pegawai kanan Dewan Negara dan sarjana ekonomi telah diadakan bagi membincangkan isu pembangunan di Zon Ekonomi Teluk Beibu dan menggubal rancangan yang diserahkan kepada Dewan Negara.

Pada 16 Januari lalu, Rancangan Pembangunan Zon ekonomi itu diluluskan oleh Dewan Negara China dan ditetapkan sebagai salah satu strategi pembangunan negara. Berdasarkan rancangan itu, kerajaan pusat akan memberi keutamaan bagi menyokong usaha pintu terbuka dan kerjasama luar yang dilaksanakan oleh zon ekonomi tersebut, mempergiat pembinaan infrastruktur dan menyempurnakan struktur industri tempatan.

Mantan Naib Perdana Menteri China, Zeng Peiyang menyatakan pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu merupakan satu langkah penting kerajaan bagi menggalakkan perkembangan sosioekonomi di barat negara itu dan mempergiat kerjasama dengan ASEAN. Beliau berkata: "Penerokaan di zon tersebut dan terbukanya kepada dunia luar berfaedah bagi mendorong pembangunan di seluruh kawasan barat daya China. Ia juga bagi mempererat kerjasama antara China dengan ASEAN, terutama penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |