v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Jalan Raya Kunming-Bangkok--Laluan Efisien Terajui Kerjasama Ekonomi China-ASEAN

2008-04-11 18:55:59 CRI

Sebagai salah satu projek utama dalam rangka kerjasama Subkawasan Sungai Mekong Besari, jalan raya Kunming-Bongkok pada bahagiannya di wilayah China dan Laos telah dirasmikan pada 21 dan 30 Mac lalu. Dengan itu, jalan raya yang dibina pada laluan tengah di Semenanjung Indo-China itu telah menjadi penghubung dengan rangkaian jalan raya yang menghubungkan beberapa negara Asia Tenggara. Oleh hal yang demikian, jalan raya itu dianggap sebagai laluan darat yang paling penting bagi hubungan ekonomi antara China dengan ASEAN.

Jalan raya Kunming-Bangkok itu dibina atas anjuran Bank Pembangunan Asia. Ia bermula dari Kunming, ibu kota Provinsi Yunnan China melalui Laos dan akhirnya sampai ke Bangkok, Thailand, dengan panjangnya 1807 kilometer. Jalan raya itu mempunyai tiga bahagian, iaitu bahagian di China yang sepanjang 688 kilometer, bahagian di Laos sepanjang 229 kilometer dan bahagian di Thailand pula sepanjang 890 kilometer. Jalan raya itu juga berhubung dengan rangkaian jalan raya Malaysia dan Singapura.

Provinsi Yunnan terletak di bahagian barat daya China dan bersempadan dengan Vietnam, Laos dan Myanmar. Banjaran gunung di kawasan sempadan merupakan halangan besar bagi Yunnan untuk menjalankan urusan pertukaran barangan dengan negara jiran. Pada masa dahulu, perjalanan dari Kunming, Yunnan ke Vientiane, Laos mengambil masa yang lebih panjang berbanding perjalanan ke negara Eropah. Semasa menceritakan kesukaran dalam perjalanan ini, Naib Presiden Dewan Perniagaan Laos-China, Fan Guang berkata: "Perjalanan untuk merentasi kawasan pergunungan sememangnya susah, apatah lagi dengan jalannya sangat yang sempit. Pada tahun 1999, barang-barang sangat sukar dihantar kepada peniaga China yang mengusahakan penjualan barangan China di Laos."

Oleh hal yang demikian, pembangunan komunikasi menjadi amat penting bagi memudahkan kegiatan perdagangan antara Yunnan dengan pelbagai negara jiran. Ini menjadikan, koridor ekonomi di sepanjang jalan raya Kunming-Bangkok dengan potensi perkembangan yang amat besar. Jalan raya itu akan menjadi satu laluan antarabangsa penting yang menghubungkan Yunnan dengan negara-negara ASEAN dan amat berfaedah bagi kerjasama pelancongan, perdagangan dan pengedaran komoditi dijalankan antara pelbagai negara. Pembinaan laluan antarabangsa yang menghubungkan negara Asia Tenggara itu merupakan satu strategi penting bagi Yunnan, China. Ketua Institut Perhubungan Antarabangsa Universiti Yunnan, Liu Zhi menghuraikan: "Membina satu laluan yang menghubungkan negara serantau amat mendesak untuk dilakukan berikutan perkembangan dalam penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN dan kerjasama di Subkawasan Sungai Mekong Besar. Oleh itu, pembinaan jalan raya yang bermula dari Yunnan ini mendapat sokongan dalam dan luar negara dan dijalankan dengan lancar dan cepat."

Menurut pakar dari Akademi Sains Sosial Provinsi Yunnan, jalan raya Kunming-Bangkok ini akan memberi manfaat yang besar kepada provinsi itu. Sebagai contoh, sekarang kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran bagi perdagangan antara Yunnan dengan Thailand diangkut oleh kapal melalui laluan Sungai Lancang-Mekong yang dibuka pada tahun 2006. Ia mengambil masa yang agak lama dan sentiasa dipengaruhi oleh faktor musim. Manakala, selepas perasmian jalan raya Kunming-Bangkok, bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran Thailand boleh diangkut sampai ke Kunming dalam tempoh sehari.

Dengan perasmian jalan raya Kunming-Bangkok itu bukan sahaja memberi keuntungan ekonomi yang besar kepada China, tetapi juga akan memperbaiki dengan ketara komunikasi di Laos dan beberapa negara lain. Bahagian jalan raya itu di wilayah Laos merupakan jalan raya yang paling baik di negara itu. Ia melalui kawasan hutan asli yang mempunyai pemandangan sangat indah dan beberapa kampung asli tradisional. Pembinaan jalan raya ini akan memperbaiki kehidupan rakyat tempatan dan menerajui perkembangan industri pelancongan serta mendorong penyempurnaan struktur industri bagi China dan negara ASEAN. Menurut Pakar berkenaan, kargo yang bernilai 100 bilion dolar Amerika dalam perdagangan China-ASEAN akan diangkut melalui jalan raya tersebut pada setiap tahun.

"Jalan raya Kunming-Bangkok merupakan sebahagian jalan raya yang paling mengharukan orang di Asia", kata Ketua Jabatan Pengangkutan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia-Pasifik Bangsa-Bangsa Bersatu, Barry Cable.

Beliau berkata demikian kerana jalan raya itu merupakan hasil kerjasama pelbagai pihak, terutama dalam pembinaan bahagian jalan raya itu di Laos kerana modalnya disediakan oleh China, Thailand dan Bank Pembangunan Asia. Jalan raya Kunming-Bangkok akan berperanan penting bagi mendorong perdagangan antara China dengan Thailand dan memperbaiki infrastruktur komunikasi di Laos.

Jalan raya tersebut merupakan bahagian penting dalam jaringan jalan raya di rantau Asia yang merangkumi jalan raya yang menghubungkan China dengan Vietnam dan Myanmar serta jalan raya Vietnam-Kemboja. Gabenor provinsi Yunnan, Qin Guangrong berkata: "Jalan raya Kunming-Bangkok sangat bererti bagi memperbaiki taraf komunikasi pelbagai negara yang berkaitan, meningkatkan taraf hidup rakyat tempatan dan merealisasikan kemakmuran serantau. Jalan raya ini bukan satu laluan pengangkutan sahaja, malah ia merupakan laluan penting bagi mendorong pertukaran kebudayaan dan kerjasama persahabatan antara China dengan negara Asia Tenggara dan Asia Selatan."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |