v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Aktiviti Kalangan Rakyat Semarakkan Persahabatan China-ASEAN

2008-04-18 09:40:41 CRI

Yu Pengnian, dermawan China yang menjadi penaja aktiviti "Perjalanan Cahaya Pengnian".

Persatuan China-ASEAN mempertahankan prinsip mempergiat pertukaran dan kerjasama antara China dengan pelbagai negara ASEAN melalui usaha badan bukan kerajaan. Dalam konteks ini, pertubuhan kalangan rakyat berperanan penting untuk mengeratkan pertukaran antara kedua-dua pihak. Feng Zuoku berkata: "Pertukaran lawatan antara China dengan ASEAN sangat giat. Kami menerima kunjungan banyak rombongan dari negara ASEAN pada setiap tahun. Persatuan persahabatan dengan China ditubuhkan di kesemua 10 buah negara ASEAN. Kami mengadakan Sidang Pertubuhan Persahabatan China-ASEAN pada setiap tahun bermula tahun 2006 bagi merancakkan program pertukaran dan kerjasama China-ASEAN di kalangan rakyat. Persidangan pertama diadakan di Beijing dan berikutnya diadakan di Brunei Darussalam. Persidangan Ketiga pula akan diadakan di Indonesia pada bulan Jun tahun ini."

"Perjalanan Cahaya Pengnian" merupakan salah satu aktiviti kalangan rakyat yang diadakan oleh China bagi menggalakkan persahabatan dengan rakyat negara ASEAN. Terima kasih kepada Yu Pengnian, dermawan China yang menjadi penaja aktiviti itu. Beliau berkata: "Matlamat kami ialah semua warga buta di negara Asia dapat dipulihkan dan melihat semula."

Doktor dan jururawat dari Hospital Tongren Beijing yang menyertai aktiviti tersebut berkata: "Kami bersedia menjadi 'utusan cahaya' dan menyemarakkan lagi semangat persahabatan."


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |