v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Aktiviti "Perjalanan Cahaya Pengnian" Eratkan Hubungan Persahabatan

2008-05-09 17:47:50 CRI

Yu Pengnian, dermawan China yang menjadi penaja aktiviti "Perjalanan Cahaya Pengnian".

"Saya dengan sukacita menyertai aktiviti 'Hati Cinta Eratkan Persahabatan—Perjalanan Cahaya Pengnian'. Kami akan menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh semasa berada di negara jiran bagi mengeratkan hubungan persahabatan."

Demikian kata-kata bersumpah yang dilafaskan oleh kakitangan haspital Tongren Beijing yang akan menyertai aktiviti "Perjalanan Cahaya Pengnian" baru-baru ini. Aktiviti itu dianjurkan oleh usahawan terkenal Hong Kong, Encik Yu Pengnian pada tahun 2003 dan bertujuan menjalankan pembedahan percuma untuk pesakit katarak yang miskin supaya dapat memulih semula penglihatan mereka. Hingga sekarang, aktiviti itu telah memberi rawatan pembedahan untuk 100 ribu orang penyakit katarak di China. Dalam tempoh bulan Jun hingga Ogos tahun ini, Persatuan Persahabatan Luar Rakyat China dan Lembaga China-ASEAN akan bekerjasama untuk mengadakan aktiviti kebajikan itu di lima negara berjiran iaitu, Mongolia, Republik Rakyat Demokratik Korea dan tiga negara ASEAN, iaitu Vietnam, Kemboja dan Laos. Pihak penganjur juga berharap aktiviti itu dapat diperkembang ke negara ASEAN yang lain supaya membolehkan lebih ramai pesakit katarak yang miskin diberi rawatan yang diperlukan.

Presiden Lembaga Persahabatan Luar Rakyat China, Chen Haosu dalam upacara pelancaran aktiviti itu berkata: "Kami berharap aktiviti ini akan membawa hati cinta dan rasa persahabatan kepada negara-negara jiran dan memberi sumbangan kepada peningkatan hubungan harmoni dan kemakmuran bersama di rantau Asia."

Dalam Perjalanan Cahaya Pengnian" ini, konvoi pasukan perubatan China akan melalui bandar-bandar besar di kelima-lima negara itu, termasuk, Ulan Bator, Pyongyang, Lang Son, Hanoi, Bandaraya Ho Chi Minh, Phnom Penh dan Vientiane. Perjalanan itu sepanjang lebih 16 ribu kilometer itu mengambil masa selama setengah tahun. Pasukan perubatan China akan memberi rawatan pembedahan secara percuma untuk pesakit katarak di negara-negara tersebut serta memberikan ubat-ubatan dan alat tulis kepada penduduk dan kanak-kanak di tempat-tempat mereka singgah.

Aktiviti "Perjalanan Cahaya Pengnian" ini telah mendapat sokongan besar daripada kerajaan ketiga-tiga negara ASEAN berkenaan. Duta Besar Kemboja ke China, Puan Khek Sisoda berkata: "Saya berasa amat gembira dan merakamkan ucapan penghargaan kepada China. Kami akan memberi sokongan penuh terhadap aktiviti itu."

Kaunselor Kebudayaan Laos ke China, Aloun Silattanakoun berkata: "Aktiviti ini merupakan perkara yang dialu-alukan oleh warga Laos yang menghidap penyakit katarak kerana mereka boleh mendapat rawatan secara percuma memulih semula penglihatan. Saya rasa aktiviti ini sangat baik kerana mampu mempererat hubungan persahabatan pelbagai negara jiran."

Utusan Khas Vietnam ke China, Dang Minh Khoi semasa diwawancara berkata, sebenarnya ini bukan kali pertama pasukan perubatan China memberikan rawatan pembedahan kepada pesakit katarak Vietnam. Sudah banyak kali. Kerajaan Vietnam memberikan penghargaan yang amat tinggi kepada aktiviti tersebut. Kata beliau: "Aktiviti itu diadakan berdasarkan semangat kebajikan dan kemanusiaan. Ia merupakan kerjasama persahabatan antara China dengan negara jiran dan memperlihatkan dasar luar yang mengutamakan persahabatan dengan negara jiran."

Sesungguhnya, aktiviti kalangan rakyat seumpama itu bukan kali pertama diadakan antara China dengan Vietnam dan negara ASEAN yang lain, sebaliknya "kerap kali diadakan" sepertimana yang diceritakan oleh Naib Presiden Persatuan China-ASEAN, Feng Zuoku. Menurut beliau, program pertukaran antara kerajaan tidak mencukupi dalam usaha pertukaran antara pelbagai negara, ia perlu dilengkapi oleh aktiviti pertukaran kalangan rakyat yang diadakan secara berterusan. Kata beliau, "Hanya mengenai persahabatan yang wujud di kalangan rakyat, barulah hubungan antara negara dapat berkembang dalam jangka masa panjang."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |