v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Enjin Syarikat Permesinan Kuasa Yuchai, Guangxi Dapat Sambutan Baik di Vietnam

2008-05-16 14:47:36 CRI

Kumpulan Yuchai yang beroperasi di bandar Yulin, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China ditubuhkan pada tahun 1951. Dengan perkembangan selama lebih 50 tahun, kumpulan Yuchai telah menjadi pangkalan pengeluar enjin diesel yang terbesar di dunia dan juga pangkalan pengeksport permesinan skala kecil dan sederhana yang paling besar di China. Syarikat Permesinan Kuasa Yuchai Guangxi yang ditubuhkan pada tahun 2003 ialah satu syarikat cawangan di bawah Kumpulan Yuchai tersebut. Syarikat itu terutamanya mengusahakan pengeluaran enjin diesel 2 dan 4 silinder. Guangxi yang terletak di bahagian barat daya China mempunyai kelebihan dari segi lokasi yang istimewa kerana mempunyai kawasan pesisir pantai dan berdekatan dengan negara-negara ASEAN. Dengan memanfaatkan kelebihan ini, Syarikat Permesinan Kuasa Yuchai giat meneroka pasaran antarabangsa dan berjaya memasarkan produk mereka di Vietnam. Enjin diesel keluaran mereka mendapat sambutan baik daripada pengguna negara itu.

Di?bengkel?pemasangan enjin, pekerja sedang bekerja bersungguh-sungguh dalam kerja-kerja memasang pelbagai komponen enjin. Bengkel?tersebut mempunyai dua sistem pemasangan enjin diesel yang maju di China. Ketua Pengurus syarikat itu, Wu Chuang memberitahu wartawan: "'Perkembangan hijau dan muafakat bestari" ialah konsep utama yang kami pertahankan dalam usaha pengeluaran. Dengan konsep ini, kami berusaha menjalankan inovasi dan mendorong perkembangan syarikat secara berterusan, sihat dan pesat."

Dalam usaha pengeluaran, Syarikat Permesinan Kuasa Yuchai memberi keutamaan terhadap kualiti produk, kecekapan, penjimatan sumber dan perlindungan alam sekitar. Sekarang, pengeluaran enjin diesel syarikat itu berdasarkan piawaian pelepasan gas No.II di Eropah daripada No. I pada masa dahulu. Di samping itu, syarikat itu giat menjalankan inovasi teknologi dan berjaya mengurangkan penggunaan minyak oleh enjin keluaran mereka. Perkara itu telah membantu produk mereka mendapat tempat pada sebahagian besar pasaran yang persaingannya sengit.

Selepas keanggotaan Vietnam dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) diterima pada November tahun 2006, ekonomi negara itu semakin erat dengan ekonomi global. Di samping itu, kerajaan Vietnam juga mengemukakan beberap tindakan kawalan bagi menstabilkan pasaran. Syarikat Permesinan Kuasa Yuchai mengambil peluang ini dan berjaya memasarkan 70 buah enjin diesel ke Vietnam pada akhir tahun 2006. Syarikat itu giat mengeluarkan produk yang berkualiti dan menyediakan perkhidmatan yang memuaskan kepada para pengguna. Konsep "mengutamakan kualiti dan prestasi" yang dipegang oleh Syarikat Permesinan Kuasa Yuchai membolehkan produk mereka mendapat kepercayaan daripada para pengguna. Oleh itu jumlah eksport mereka meningkat dengan besar.

Ketua jabatan penjualan syarikat itu, Tan Haisheng berkata: "Sekarang, urusan penjualan kami telah dikembangkan di seluruh dunia. Sebagai sebuah badan pengeluaran dan penjualan yang penting dalam kumpulan ini, kebanyakan produk enjin diesel kami dipasarkan di Vietnam. Jumlah pengeksportan enjin kami ke Vietnan mencatat 610 buah pada tahun 2007. Untuk tahun ini, kami menyasarkan jualan 3000 buah ke negara itu.

Produk Syarikat Permesinan Kuasa Yuchai mendapat sambutan baik di pasaran Vietnam berkaitan rapat dengan prinsip-prinsip mereka dalam menjamin kualiti produk. Syarikat itu sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan perkhidmatan mereka supaya dapat memuaskan di pelanggan.

Ketua pejabat perwakilan syarikat itu di Hanoi, Vietnam, Wen Shan berkata: "Kami mempertahankan prinsip 'kualiti tinggi, kawalan secara saintifik, maklumbalas yang cekap dan perkhidmatan yang memuaskan'. Ini merupakan prinsip asas kami memasarkan produk di Vietnam. Kami akan terus berusaha untuk meningkatkan jumlah liputan pasaran dan prestasi produk kami di Vietnam berdasarkan sistem perkhidmatan pasca penjualan yang sempurna.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |