v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

36 Taktik Peperangan: Taktik Rantai

2008-05-29 16:31:16 CRI

"Taktik Rantai" ialah beberapa taktik yang berkait erat. Taktik ini bermaksud, jika pihak lawan amat kuat, sedangkan kekuatan sendiri tidak seimbang dengan kekuatan pihak lawan, maka kita patut menggunakan taktik supaya pihak lawan menghabiskan tenaganya sehingga dapat dikalahkan. Oleh itu, kita akan menggunakan sekurang-kurangnya 2 taktik. Pertama, membuat musuh sibuk mengendalikan dirinya sendiri. Kedua, menyerang musuh. Kalau kedua-dua taktik itu dapat dikaitkan dengan baik, kita akan memperoleh kemenangan.

Pada awal abad ke-3, negeri Wei, negeri Shu dan negeri Wu menjadi 3 negeri yang paling kuat di China. Negeri Wei di utara yang diperintah oleh Cao Cao yang paling kuat itu hendak menakluk negeri Wu di tenggara dan negeri Shu di barat daya. Cao Cao mengetuai pasukannya dengan tentera sebanyak 800 ribu orang menyerang negeri Wu di selatan Sungai Yangtze. Negeri Wu terpaksa bersekutu dengan negeri Shu, dan bertentang dengan pasukan Wei di selatan Sungai Yangtze.

Askar pasukan Wei kebanyakannya dari bahagian utara dan tidak pandai berperang dalam air. Oleh itu, Cao Cao mengerahkan Cai Mao dan Zhang Yun yang pernah menjadi jeneral pasukan air tentera Wu. Penasihat Cao Cao, Jiang Gan pernah menjadi rakan sekelas seorang ketua pasukan Wu, Zhou Yu. Maka, Cao Cao mengutuskan Jiang Gan untuk memujuk Zhou Yu supaya belot. Pada ketika itu, Zhou Yu sedang memikirkan pelan untuk bertentang dengan tentera negeri Wei.

Dalam jamuan menyambut Jiang Gan, jeneral pasukan Wu, Huang Gai berpura-pura memarahi Zhou Yu, lalu Zhou Yu menghukum Huang Gai dengan keras. Maka, Jiang Gan terpedaya, lalu memujuk Huang Gai supaya tunduk. Zhou Yu juga menipu Jiang Gan dengan mengatakan bahawa Cai Mao dan Zhang Yun ialah perisiknya.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |