v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Angkatan Tentera ASEAN+3 Mencari Jalan bagi Merapatkan Kerjasama Bantuan Bencana Antarabangsa

2008-06-13 22:29:39 CRI

Bengkel Bantuan Bencana Antarabangsa Angkatan Tentera ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea (10+3) telah dirasmikan di Shijiangzhuang, sebuah bandar di utara China. Pegawai pertahanan, ketua pasukan penyelamat bencana dari 10 negara anggota ASEAN serta China, Jepun dan Republik Korea dan pegawai Sekretariat ASEAN membincangkan cara meningkatkan pertukaran dan kerjasama tentera pelbagai negara dalam bidang pengurusan bencana.

Sejak awal tahun ini, banyak bencana alam berlaku di Asia Timur. Berikutan gempa bumi Sichuan dan bencana salji yang berlaku di China serta taufan Nargis yang berlaku di Myanmar, para peserta bengkel ini lebih memfokuskan kepada kerjasama antarabangsa dalam bidang bantuan bencana. Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Luar Kementerian Pertahanan China, Mejar Jeneral Qian Lihua menyatakan, bencana alam merupakan ancaman yang dihadapi bersama oleh manusia. Meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam kerja-kerja menyelamat bencana bagi mengatasi bencana alam merupakan tuntutan manusia untuk hidup bersama secara harmoni.

"Tentera mempunyai kelebihan dalam usaha menyelamat. Mereka cepat bertindakan, organisasinya tersusun, sentiasa cekap dan cekal hati. Tentera bukan sahaja merupakan kekuatan penting dalam usaha menyelamat dalam negeri, juga dapat memberi sumbangan positif bagi tindakan menyelamat serantau. Tentera pelbagai negara meningkatkan persefahaman dan kerjasama bermanfaat bagi pelbagai pihak bersama-sama meningkatkan kemampuan untuk menangani bencana, di samping memperdalam pertukaran dan kerjasama pragmatik antara tentara pelbagai negara dalam bidang keselamatan bukan konvensional."

Pegawai Memerintah Hospital Tentera Darat Malaysia, Kolonel Dr. Md Amin Bin Muslan menyanjung tinggi reaksi pantas tentera China dalam usaha menyelamat bencana gempa bumi Sichuan. Beliau berkata, tujuan beliau menyertai bengkel ini untuk mempelajari pengalaman tentera China dan juga berkongsi pengalaman Malaysia sendiri dengan pegawai pelbagai negara lain dalam menangani bencana.

ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea banyak kali mengadakan kerjasama mengatasi bencana dalam rangka 10+3. Bengkel Bantuan Bencana Antarabangsa Angkatan Tentera 10+3 Pertama telah diadakan di Shijiazhuang pada bulan Jun tahun lalu. Para peserta bengkel tahun lalu itu telah mencapai banyak persepakatan mengenai penyertaan tentera dalam usaha menyelamat. Akan tetapi, mekanisme kerjasama usaha menyelamat antarabangsa angkatan tentera 10+3 masih perlu disempurnakan. Mejar Jeneral Qian Lihua menyatakan, bengkel kali ini dijangka akan mendorong kerjasama pragmatic antara tentera ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea. Beliau berkata:

"Dengan pelaksanaan bengkel kali ini, kerjasama yang lebih pragmatik akan diadakan pada masa depan. Antaranya termasuk mencari jalan bagi menyediakan jaminan undang-undang dan pembentukan mekanisme bagi kerjasama antara tentera pelbagai negara dalam usaha menyelamat bencana serantau."

Menurut jadual, para peserta juga dibawa menyaksikan latihan menyelamat dan merawat yang diadakan oleh Kolej Perubatan Bethune Tentera Pembebasan Rakyat China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |