v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pelukis Wanita Malaysia, Yuen Chee Ling dan Usaha Kesenian Beliau

2008-06-20 11:03:55 CRI

Pelukis wanita terkenal Malaysia, Yuen Chee Ling telah mengadakan pameran karya lukisannya yang bertema "Ruang Warnanya" di Beijing Baru-baru ini. Pameran itu mendapat sambutan yang amat baik dan kunjungan ramai pelukis wanita dari pelbagai negara dan penduduk Beijing.

Yuen Chee Ling ialah seorang pelukis keturunan Cina yang terkenal di Malaysia. Dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1950, Yuen Chee Ling memperlihatkan bakatnya yang cemerlang dalam melukis sejak semasa kecilnya. Beliau mulai mempelajari lukisan cat minyak sejak berusia 13 tahun. Karya lukisan yang dihasilkannya semasa menuntut di sekolah menengah pernah memperoleh hadiah utama dalam Pertandingan Seni Lukis Utara Malaysia. Hingga sekarang, beliau telah mengadakan pameran karya lukisan peribadi sebanyak 14 kali sejak tahun 1978. Sekarang, Yuen Chee Ling menyandang jawatan Presiden Institut Kesenian Pulau Pinang yang ditubuhkan melalui kerjasama dengan ahli-ahli muzik pada tahun 1989.

Yuen Chee Ling berkata, lama sebelum itu, beliau seperti juga dengan orang Cina di pelbagai negara lain, tidak berapa mengetahui tentang China. Sehingga akhir tahun 1970-an, baru ada kesempatan untuknya mengetahui tentang negara China, khususnya kebudayaan China yang dianggap amat penting bagi beliau.

Beliau berkata: "Malaysia ialah negara yang penduduknya terdiri dripada berbilang bangsa. Kebudayaan mereka(keturunan China) seperti tahun baru China, Pesta Bulan, ini semua diteruskan di Malaysia. Saya berasa rakyat Malaysia yang berbangsa Cina, mereka melindungi kebudayaan Cina dengan baik. Mereka cintakan budaya Cina. Oleh itu di Malaysia, saya rasa adat, kesenian dan kebudayaan Cina selalau ada orang yang mengikuti dan meneruskannya. "

Karya lukisan yang dicipta oleh Yuen Chee Ling bersifat sederhana dan wajar. Menurut pandangan beliau, Asia merupakan satu entiti dan kebudayaan pelbagai bangsa di rantau ini mempunyai akar yang saling berkait. Konsep Yuen Chee Ling itu telah diperlihatkan dalam usaha penciptaan karya lukisannya.

Pada awal pembabitannya dalam berkarya, Yuen Chee Ling lebih mengutamakan gambaran terhadap perasaan dan semangat seseorang. Selepas berusia 40 tahun, Yuen Chee Ling telah melepaskan konsep pencitptaan tersebut tanpa teragak-agak kerana beliau berpendapat konsep lukisan yang berasal dari negara Barat ini tidak sesuai bagi pelukis dari Timur. Selepas itu, Yuen Chee Ling mulai melakukan usaha penciptaan ke arah menggambarkan kehidupan manusia yang aman sentosa. Objek penciptaan lukisannya juga beralih kepada wanita orang asli di Sarawak daripada manusia di bandar sebelum itu. "Dream of Peace" ialah salah satu karya lukisannya yang menggambarkan wanita orang asli di Sarawak yang bersifat sederhana dan kehidupan mereka yang aman sentosa. Karya itu juga meluahkan hasrat yang mendalam beliau kepada dunia yang aman dan harmoni. Beliau berkata:"Saya melukis 3 wanita yang berpakaian macam salais sebagai native pan-Asia. Native di Asia Tenggara. Mereka memakai sarung yang salai dan juga selendang, rambut mereka ditutupi selendang. Pakaian ini adalah style kaya seni sayang. Dan juga muka mereka tenang kelihatan. Sebagai seorang wanita, perasanaan semula jadi wanita itu keinginan kepada keindahan dan keharmonian."

15 tahun lalu, Yuen Chee Ling menaja siri pameran seni lukis bertema "Ruang Warnanya" yang disertai oleh golongan seni lukis wanita dari pelbagai negara. Pameran itu julung kalinya diadakan dengan jayanya di Beijing dengan mempamerkan karya seni lukis yang dicipta oleh 7 orang ahli seni wanita Asia. Selepas itu, pameran tersebut diadakan dua tahun sekali di beberapa negara dan sehingga sekarang telah diadakan sebanyak 8 kali. Pameran "Ruang Warnanya" Ke-8 yang diadakan sekali lagi di Beijing kali ini telah melibatkan penyertaan 147 orang pelukis wanita dari 17 negara termasuk China, Malaysia, Indonesia, Singapura, Australia, Perancis dan A.S. Antara karya seni yang dipamerkan dalam pameran itu termasuk, lukisan cat minyak, lukisan tradisional China dan karya ukiran. Yuen Chee Ling berkata, penganjuran pameran tersebut bertujuan untuk memperlihatkan citarasa istimewa kaum wanita terhadap kesenian serta menarik perhatian dan sokongan lebih ramai peminat kepada karya pelukis wanita. Menurut beliau, pandangan dan cita rasa wanita terhadap kesenian agak berbeza dengan lelaki dan perbezaan itu juga didapati antara kaum wanita di Timur dan Barat.

Menyentuh tentang kedatangannya sekali lagi datang ke China selepas 15 tahun, Yuen Chee Ling berkata, terdapat perubahan yang amat besar berlaku di China. Sekarang, negara ini menjadi lebih maju, terbuka dan bertolak ansur terhadap pelbagai kebudayaan. Sekarang amat mudah untuk mengadakan pelbagai jenis aktiviti berbentuk kebudayaan dan kesenian di China. Kata beliau: "Bila sekarang masuk ke China, semua sudah ikut standard internasional. Dan juga itu bangunan-bangunan moden, society hi-tek, semua orang China sudah berpakaian berfasihionable, orang China pun berubah, mereka menunjuk ke arah keantarabangsaan."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |