v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Temu Bual dengan Duta Besar Laos ke China Mengenai Sukan Olimpik

2008-06-27 16:37:11 CRI

Sukan Olimpik Ke-29 di Beijing menjelang tiba nanti. Dalam temasya sukan yang terbesar di dunia itu, delegasi sukan dari pelbagai negara akan bertemu di Beijing bererti budaya pelbagai negara terhimpun di ibu negara China itu. Sehubungan dengan itu, CRI telah membuat siri program yang bertajuk "Pandangan Duta-Duta Asing ke China terhadap Sukan Olimpik" untuk memaparkan budaya pelbagai negara serta pandangan duta-duta asing terhadap budaya China dan semangat Olimpik.

Baru-baru ini, wartawan CRI telah mengadakan temu bual dengan Duta Besar Laos ke China, Encik Vichit Xindavong bagi memperkatatkan mengenai Sukan Olimpik. Vichit Xindavong berpendapat Sukan Olimpik bukan sahaja meliputi pelbagai jenis acara pertandingan sukan, tetapi juga memaparkan semangat perpaduan, kedamaian dan persehabatan antara rakyat pelbagai negara. Kata beliau: "Sukan Olimpik merupakan temasya sukan peringkat dunia yang berprestij. Sukan Olimpik Beijing dengan slogan "One World, One Dream" akan memperlihatkan keharmonian, persahabatan dan kemajuan umat manusia. Ia bukan sahaja dimiliki oleh negara tuan rumah, tetapi juga dimiliki oleh semua umat manusia."

Vichit Xindavong berpendapat bahawa pemilihan Beijing sebagai bandar penganjur Sukan Olimpik 2008 mempunyai erti yang penting bagi negara-negara membangun di dunia. Beliau berkata: "Sukan Olimpik kali ini diadakan di China, negara membangun yang paling besar di dunia. Saya rasa ini bukan sahaja menjadi kebanggaan bagi China sendiri, malah perkara yang membanggakan semua negara membangun khususnya negara-negara membangun di Asia. Saya berharap Sukan Olimpik Beijing akan diadakan dengan penuh meriah dan istimewa."

Sejak dipilih sebagai bandar penganjur Sukan Olimpik 2008 pada tahun 2001, Beijing giat menjalankan kerja-kerja persiapan yang meliputi pelbagai bidang. Ibu negara itu mengalami perubahan yang amat besar dalam tempoh 7 tahun lalu. Perubahan tersebut dan usaha China bagi menjayakan penganjuran Sukan Olimpik itu telah disaksikan sendiri dengan mata kepalanya kerana Encik Vichit tinggal di Beijing beberapa tahun. Beliau berkata: "Saya telah melihat semua kerja persiapan untuk Sukan Olimpik Beijing dijalankan dengan amat baik dan lancar. Menjelang penganjuran temasya sukan itu, suasana yang penuh dengan persekitaran Sukan Olimpik dapat dirasai. Beijing dan beberapa bandar lain yang menganjurkan acara pertandingan Sukan Olimpik 2008 telah mencapai hasil kemajuan yang besar, baik dari segi pembangunan infrastruktur, maupun pembinaan stadium, terminal T3 lapangan terbang Beijing dan pembukaan beberapa laluan kereta api bawah tanah yang baru."

Selain kemajuan yang dicapai dalam usaha pembinaan infrastruktur, Encik Vichit Xindavong juga memberi penghargaan yang tinggi kepada inspirasi dan sumbangan rakyat China terhadap Sukan Olimpik. Kata beliau: "Rakyat China bersedia menerima konsep baru dan aktif menyertai aktiviti riadah. Mereka menunjukkan keyakinan yang penuh sebagai tuan rumah. Selain itu, kualiti perkhidmatan awam juga meningkat dengan ketara, baik pemandu teksi, ataupun pelayan di hotel dan restoran serta sukarelawan bersedia memberi perkhidmatan yang terbaik."

Upacara perasmian Sukan Olimpik sentiasa diberikan perhatian kerana ia bakal memaparkan kebudayaan unik negara tuan rumah dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam kepada para penonton. Duta Besar itu amat menanti-nantikan upacara perasmian Sukan Olimpik pada 8 Ogos nanti. Kata beliau: "Saya yakin upacara perasmian itu pasti meriah dan dapat memperlihatkan kecemerlangan bangsa China. Sudah diketahui umum bahawa China mempunyai kebudayaan yang gilang-gemilang dan bersejarah. Saya fikir upacara perasmian nanti akan menjadi yang paling menarik dalam sejarah Sukan Olimpik."

Ketika menyebut persiapan yang dilakukan oleh atlet Laos bagi membawa cabaran negaranya ke Sukan Olimpik Beijing, Vichit Xindavong menyatakan, walaupun kontijen Laos tidak begitu hebat pada keseluruhannya, namun atlet penuh yakin untuk menyertai temasya sukan itu kerana penyertaan merupakan perkara yang lebih penting. Kata beliau: "Atlet Laos tidak bugitu hebat dan mungkin tak mampu memperoleh pingat dalam Sukan Olimpik. Walau bagaimanapu, kerajaan dan rakyat Laos mempunyai keyakinan seratus peratus untuk atletnya beraksi dalam kejohanan itu."

Encik Vichit Xindavong juga memberi penghargaan yang tinggi kepada program-program radio FM yang disiarkan oleh CRI di Laos. Kata beliau: "Sekarang ramai penduduk Laos minat mendengar program CRI. Saya yakin pendengar-pendengar Laos mendapat banyak pengetahunan dan maklumat tentang Sukan Olimpik dengan mengikuti program siaran CRI."

Pada akhir temu bual tersebut, Duta Besar itu dengan gembiranya menyampaikan harapan baik kepada Sukan Olimpik Beijing dengan bahasa Mandarin. Beliau berkata: "Saya ingin menyampaikan harapan baik kepada Sukan Olimpik Beijing. Yakinlah Sukan Olimpik kali ini dapat diadakan dengan jayanya berdasarkan usaha kerajaan dan sokongan penuh yang diberikan oleh rakyat China. Sebagai negara berjiran dan rakan baik kepada China, Laos amat menyokong pelaksanaan Sukan Olimpik dan berharap ia berlangsung dengan penuh kejayaan."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |