v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Duta Besar Myanmar, U Thein Lwin: Sukan Olimpik Beijing Banggakan Asia

2008-07-04 19:00:05 CRI

Kehebatan yang ditunjukkan oleh pasukan bola sepak Myanmar dalam pertandingan awal Piala Asia menarik perhatian kita untuk lebih mengetahui tentang bidang sukan negara itu. Apa kemajuan yang dicapai oleh Myanmar dalam perkembangan sukan dan bolehkah kontijen sukan negara itu menyertai Sukan Olimpik Beijing selepas bencana alam serius melanda Myanmar baru-baru ini. Berdasarkan soalan-soalan tersebut, wartawan CRI memohon untuk mengadakan temu bual dengan Duta Besar Myanmar ke China, Encik U Thein Lwin. Permohonan kami telah diterima oleh Duta Besar itu dengan senang hati. Kata Beliau, "CRI merupakan satu jambatan bagi rakyat China dan Myanmar untuk meningkatkan persefahaman antara satu sama lain, jadi saya amat gembira untuk diwawancara oleh CRI. Sukan Olimpik merupakan temasya sukan yang terbesar bagi rakyat seluruh dunia. Saya berpendapat, slogan 'One World, One Dream' yang disuarakan dalam Sukan Olimpik Beijing ini memperlihatkan semangat Olimpik, iaitu perpaduan, persahabatan, kemajuan, keharmonian dan penyertaan bersama. Semangat ini boleh merapatkan rakyat di seluruh dunia dan meningkatkan perpaduan dan persefahaman antara satu sama lain."

U Thein Lwin semasa wawancara itu berkata, China merupakan negara tetangga jiran yang bagi Myanmar. Myanmar akan memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan Sukan Olimpik Beijing dan menghantar atlet yang paling unggul untuk menyertai temasya sukan itu. Kontijen sukan negara akan diketuai oleh Menteri Kesukanan. Atlet Myanmar akan menyertai beberapa acara pertandingan seperti olahraga, renang, memanah, tae kwon do, berkayak, menembak, wushu dan judo. Duta Besar itu berkata:"Atlet Myanmar kurang pengalaman dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, mereka akan bertanding dengan bersungguh-sungguh walaupun mungkin tidak mampu memperoleh pingat."

Menurut U Thein Lwin, walaupun tidak pernah memperoleh pingat dalam Sukan Olimpik, namun negara itu telah mencapai kemajuan yang ketara dalam bidang sukan beberapa tahun lalu dan aktif meningkatkan interaksi dengan beberapa negara dalam bidang sukan. Sekarang, Myanmar dianggap mempunyai kehebatan di rantau Asia Tenggara dalam pelbagai acara seperti angkat berat, wushu atau dikenali sebagai kungfu, memanah dan sepak takraw.

U Thein Lwin juga berminat menonton program sukan dan mengenali ramai atlet China. Kata beliau: "Ramai atlet China dikenali dan diminati oleh rakyat Myanmar, seperti atlet bola keranjang, Yao Ming, atlet terjun air, Wu Minxia dan Guo Jingjing serta atlet lompat pagar, Liu Xiang."

Hingga kini, Duta Besar U Thein Lwin telah tinggal di Beijing selama 5 tahun dan menyaksikan perubahan yang berlaku di Beijing menjelang Sukan Olimpik. Kata beliau: "Saya amat kagum dengan semangat bersatu padu yang ditunjukkan oleh rakyat China dalam usaha-usaha persiapan Sukan Olimpik. Saya fikir semangat ini adalah inspirasi rakyat terhadap Sukan Olimpik."

U Thein Lwin berkata, terdapat satu lagi perkara yang amat mengagumkan beliau, iaitu perasaan tekad rakyat China. Beliau berkata: "Pada tahun 2008, China dilanda bencana salji tebal dan gempa bumi yang kuat. Bagaimanapun, rakyat China bersemangat teguh dan gigih ketika menangani bencana alam tersebut. Saya berasa amat terharu ketika melihat pemimpin-peminpin China turun padang meninjau ke kawasan bencana ketika gempa susulan masih berlaku. Bangsa China ialah bangsa yang tidak menanduk kepada kesukaran dan gagah berani menghadapi segala cabaran. Saya yakin, Sukan Olimpik pasti akan berlangsung dengan penuh kejayaan di Beijing dan ini merupakan perkara yang membanggakan rakyat di seluruh Asia."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |