v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kereta Bateri Hidrogen Akan Berkhidmat di Tapak Sukan Olimpik Beijing

2008-07-08 13:41:20 Agensi Berita Xinhua China

Majlis pelancaran kereta bateri hidrogen, hasil penyelidikan tempatan dan dikeluarkan oleh China sendiri, telah diadakan di Pusat Projek Kereta Tenaga Baru Universiti Tongji di Shanghai pada petang 6 Julai lalu. 20 buah kereta bateri hidrogen tersebut akan berkhidmat di tapak Sukan Olimpik Beijing pada bulan Ogos nanti.

Sistem enjin kereta tersebut merupakan hasil penyelidikan bersama oleh Shanghai Fuel Cell Vehicle Powertrain Co, Ltd, Universiti Tongji dan Kumpulan Syarikat Industri Automotif Shanghai. Sebagai bahagian yang penting dalam "Konvoi Hijau" Sukan Olimpik Beijing, 20 buah kereta bateri hidrogen "Lingyu Passat" yang dikeluarkan oleh Syarikat Automotif Volkswagen Shanghai Berhad ini telah lulus semua ujian percubaan dan pemeriksaan mengikut piawai negara. Lima buah daripadanya telah pun tiba di Beijing. 15 buah lagi juga sudah disiapkan untuk diangkut ke Beijing. Kesemuanya akan berkhidmat bersama-sama kira-kira 500 buah kereta elektrik yang lain di tapak Sukan Olimpik untuk mencapai matlamat tiada pelepasan pencemaran di tapak sukan ini nanti.

Program " Kereta Kuasa Bateri Sukan Olimpik Beijing 2008" dimulakan pada bulan Ogos tahun 2007 dan merupakan langkah penting yang diambil oleh kerajaan Shanghai untuk mengisi slogan "Sukan Olimpik Berteknologi Tinggi, Sukan Olimpik Hijau dan Sukan Olimpik Kemanusiaan". 20 buah kereta bateri hidrogen ini akan berkhidmat terutamanya untuk tetamu kehormat, wartawan dan pegawai Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik. Beberapa anggota kumpulan penyelidik program tersebut telah tiba di Beijing semalam untuk menjamin kelancaran operasi kereta bateri hidrogen itu dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing nanti. Salah seorang pegawai berkenaan mengatakan bahawa ini merupakan kali pertama bagi kereta berkuasa bateri, hasil penyelidikan dan pengeluaran China sendiri, dan akan memperlihatkan hasil penyelidikan sains dan teknologi China yang terkini dalam bidang penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar kepada masyarakat antarabangsa.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |