v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Singapura Berhasrat Raih Pingat dalam Sukan Olimpik Beijing

2008-07-25 09:48:46 CRI

Kontijen Singapura gagal meraih sebarang pingat dalam Sukan Olimpik dalam tempoh 48 tahun lalu. Kali terakhir negara itu memperoleh pingat melalui atlet angkat beratnya, Tan Howe-Liang yang meraih satu pingat perak dalam Sukan Olimpik Rome pada tahun 1960. Bagaimanapun, pelbagai golongan di Singapura menganggap bahawa Sukan Olimpik Beijing yang akan diadakan nanti merupakan peluang baik untuk Singapura meraih pingat.

Demi memperoleh kejayaan dalam Sukan Olimpik pada tahun ini dan tahun 2012, Singapura melaksanakan program khas Sukan Olimpik "0812" bermula akhir tahun 2006. Rancangan itu melibatkan peruntukan sebanyak 5 juta dolar Amerika bagi mengadakan latihan untuk atlet yang berpotensi dalam 4 acara, iaitu pingpong, perahu layar, menembak dan badminton. Timbalan Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan Singapura, Encik Teo Ser Luck berkata: "Saya harap atlet kami akan bermain dengan bersungguh-sungguh dan meraih pingat kedua dalam Sukan Olimpik. Saya fikir, dengan program '0812" ini, kebolehan atlet kami sudah meningkat dari segi psikologi, mahupun latihan. Maka, Sukan Olimpik pada tahun ini dianggap satu peluang baik untuk atlet kami mencapai kejayaan."

Menurut Encik Teo Ser Luck, kerajaan akan memberi ganjaran yang besar kepada atlet yang berjaya meraih pingat dalam Sukan Olimpik nanti. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan yang paling penting ialah atlet bertanding dengan bersungguh-sungguh. Dengan demikian, Singapura tetap merasa bangga terhadap mereka walaupun gagal meraih pingat.

Teo Ser Luck juga berharap atlet Singapura menghapuskan rasa bimbang mereka terhadap Sukan Olimpik Beijing. Kata beliau: "Saya sudah melawat Beijing beberapa kali dan berasa tiada apa-apa masalah berhubung dengan keselamatan atlet. Selain itu, saya fikir masalah pencemaran udara juga dapat ditangani dengan baik dan kita tidak perlu kuatir tentang hal itu."

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |