v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

"Minggu Kerjasama Pendidikan" Sediakan Platform untuk Kerjasama Pendidikan China-ASEAN

2008-08-08 18:29:11 CRI

Aktiviti "Minggu Kerjasama Pendidikan China-ASEAN" Pertama anjuran Kementerian Luar dan Kementerian Pendidikan telah diadakan di Guiyang, bandar di barat daya China baru-baru ini. "Minggu Kerjasama Pendidikan" tersebut merangkumi siri aktiviti, "Forum Canselor Universiti China-ASEAN", "Mesyuarat Meja Bulat Kerjasama Pengajian Tinggi", "Pameran Pendidikan" dan "Pesta Kesenian Belia China-ASEAN". Menurut penganjur, aktiviti-aktiviti tersebut bertujuan untuk mendorong kerjasama pendidikan antara China denga negara anggota ASEAN ke bidang yang lebih luas serta merancakkan lagi kerjasama antara universiti di bahagian barat daya China dengan universiti negara-negara ASEAN.

Naib Menteri Pendidikan China, Encik Zhang Xinsheng menyatakan, seiring dengan perkembangan hubungan antara China dengan ASEAN, taraf pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang pendidikan turut meningkat. Kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang pengajian tinggi, pendidikan asas dan vokasional dianggap saling melengkapi dan mempunyai potensi untuk berkembang maju. Kata beliau: "Beberapa tahun yang lalu, hasil yang dicapai China dalam usaha pengajian tinggi telah mendapat perhatian dunia. Banyak universiti negara ASEAN meluahkan hasrat untuk mempergiat kerjasama dan interaksi dengan universiti China, terutama dalam jurusan matematik, fizik dan teknologi kejuruteraan. Sementara itu, China pula berhasrat menimba pengalaman negara-negara ASEAN dalam pengajaran kursus-kursus mengenai ilmu pertanian, industri laut, perlindungan alam sekitar, dan menangani bencana alam. Kedua-dua pihak boleh saling membantu dan mengadakan kerjasama berdasarkan prinsip saling menguntungkan bagi mendorong pembangunan bersama."

Aktiviti "Minggu Kerjasama Pendidikan China-ASEAN" telah menarik perhatian kerajaan pelbagai negara ASEAN dan Jabatan Sekretariat ASEAN. Pegawai kanan Sekretariat ASEAN yang menghadiri aktiviti tersebut, Puan Mega Irena semasa diwawancara oleh wartawan CRI berkata: "Setelah ASEAN dan China menjalinhubungan rakan dialog 17 tahun yang lalu, pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang pendidikan telah melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi. Universiti antara kedua-dua pihak telah melaksanakan banyak program kerjasama yang bersifat realisitik termasuk, pertukaran mahasiswa, interaksi keilmuan, pameran pendidikan serta seminar bersama yang dihadiri oleh canselor universiti kedua-dua pihak. Kami berharap agar aktiviti ini boleh menjadi mekanisme tetap yang disertai oleh lebih banyak institusi pengajian tinggi dari China dan negara anggota ASEAN."

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |