v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pandangan Atlet Laos terhadap Beijing

2008-08-29 18:41:52 CRI

Sukan Olimpik Beijing baru sahaja berakhir 24 Ogos lalu. Selain kehebatan para atlet bersaing dalam pertandingan sukan yang menarik, Sukan Olimpik Beijing juga memberi kesan yang mendalam kepada atlet dari pelbagai negara kepada Beijing, bandar yang amat bersejarah di dunia timur. Bagi atlet lari pecut 100 meter wanita dari Laos, Philaylack Sackpaseuth yang boleh sedikit berbahasa Mandarin, bandar Beijing mempunyai daya tarikan yang lebih besar dan unik.

Philaylack berkata, anggota kontinjen Laos bukan sahaja telah menyertai pertandingan sukan dalam Olimpik kali ini, tetapi juga telah mengenali tentang bandar raya Beijing dan penduduknya yang mesra. Katanya:"Yang meninggalkan kesan paling mendalam kepada saya ialah penduduk Beijing. Walaupun kurang pandai berbahasa Mandarin, namun dapat mampu merasai sungguh-sungguh kemesraan mereka dengan apa yang saya lihat sendiri.

Beberapa kali saya menahan teksi di sini, pemandu teksi tidak faham ke mana tempat yang saya mahu pergi kerana sebutan bahasa Mandarin saya kurang jelas. Walau bagaimanapun, pemandu teksi sangat sabar untuk terus berkomunikasi dengan saya dan akhirnya menghantar saya ke destinasi dengan yang dituju cepat dan selamat. Merekalah pemandu teksi yang paling bagus."

Sama seperti warga asing yang tidak pernah datang ke Beijing, sebelum ini, Philaylack Sackpaseuth hanya mendapat pengetahuan tentang bandar ini melalui program TV sahaja. Dia menyangka lalu lintas Beijing pasti amat sesak kerana terdapat laporan TV yang menyebut Beijing mempunyai penduduk yang berjumlah ramai dan banyak juga kenderaan. Bagaimanapun, selepas sampai di Beijing, Philaylack merasa perkhidmatan pengangkutan awam Beijing sangat memudahkan, lebih-lebih lagi dengan kereta api bawah tanah yang banyak laluannya. Kata beliau: "Sebelum datang ke Beijing untuk menyertai Sukan Olimpik, saya fikir keadaan lalu lintas di sini mungkin tidak begitu baik kerana penduduknya sangat ramai. Tetapi, selepas sampai di Beijing, saya mendapati tiada sebarang masalah dihadapi dalam lalu lintas, dan mudah saja untuk pergi ke mana-mana. Saya rasa kereta api bawah tanah Beijing sangat memudahkan kerana ia mempunyai banyak laluan serta pengumuman dan papan tanda dalam bahasa Inggeris."

Philaylack juga amat berminat kepada tapak peninggalan sejarah di Beijing. Selepas menyertai pertandingan, dia telah membuat lawatan ke Istana Kuno dan Tembok Besar yang digelar warisan kebudayaan dunia.

Katanya: "Tembok Besar memang sungguh satu keajaiban yang mengagumkan. Sukar untuk saya membayangkan bagaimana mereka membinanya. Selain itu, Dataran Tian'anmen dan Istana Kuno atau Kota Larangan hanya saya lihat dalam TV sebelum ini. Barang-barang yang disimpan dalam Istana Kuno sangat halus dan cantik, tukang China pada zaman dahulu sungguh pandai dan mempunyai kemahiran yang tinggi."

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |