v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pakar Indonesia yang Ceburkan Diri dalam Pembangunan Pelabuhan di Guangxi, China

2008-09-05 21:19:55 CRI

Guigang, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China ialah sebuah bandar pelabuhan yang baru berkembang dan merupakan sebuah pelabuhan sungai yang paling besar di bahagian selatan dan barat China. Beberapa tahun kebelakangan ini, bandar Guigang telah mengekalkan perkembangan ekonomi yang pesat dan menarik kedatangan ramai warga asing untuk melabur dan mengembangkan urus niaga mereka. Encik Richard Joost Lino dari Indonesia ialah salah seorang daripada mereka.

Guigang terletak di tempat yang menggabungkan bahagian selatan dan bahagian barat daya China. Sungai Barat yang mengalir melalui bandar itu merupakan salah sebuah laluan perkapalan penting di kawasan pesisir pantai tenggara China. Sebelah timur Guigang hampir dengan Provinsi Guangdong, Hong Kong dan Makau yang taraf ekonominya maju dan sebelah baratnya pula ialah kawasan barat China yang kaya dengan pelbagai jenis sumber alam. Di samping itu, Guigang mempunyai kelebihan lokasi yang sangat ketara dalam menghubungkan China dengan negara ASEAN.

Pada tahun 2006, kerajaan bandar Guigang menubuhkan Syarikat Kontena Pelabuhan AKR Guigang melalui kerjasama dengan sebuah syarikat, Indonesia. Encik Richard Joost Lino telah dilantik sebagai pengurus besar syarikat tersebut. Semasa mengimbas kembali kehidupan ketika baru tiba ke China, beliau berkata: "Pada bulan Jun tahun 2005, saya datang ke sini. Masa itu saya berulang alik antara Indonesia dengan Guigang pada setiap bulan dan mengkaji kemungkinan untuk melabur dalam urusan pelabuhan Guigang tersebut."

Richard Joost Lino yang berusia lebih 50 tahun ialah seorang pakar dalam bidang pelabuhan. Kata beliau: "Kini, kebanyakan masa saya hasilkan di sini. Saya hanya balik ke Indonesia lebih kurang 20 hari saja pada setiap tahun. Di sini, saya ada banyak kerja yang perlu dilakukan."

Iklim di Guangxi sama sahaja dengan Indonesia, tambahan pula hubungan antara Guangxi dengan Indonesia erat sejak masa sekian lama. Oleh itu, Richard Joost Lino berasa kehidupan di bandar Guigang amat selesa. Beliau berkata: "Walaupun saya tidak tahu bahasa Mandarin, tetapi saya tidak berasa sunyi kerana rakyat di sini sangat mesra dan ramaht. Saya betul-betul suka dengan kehidupan di sini."

Hampir 3 tahun, Richard Joost Lino telah tinggal dan bekerja di Guigang. Beliau amat memberikan perhatian terhadap pembangunan ekonomi China dan berasa kagum dengan perkembangan ekonomi yang begitu pesat. Kata beliau: "Saya rasa pembangunan China amat baik. Dalam tempoh 15 hingga 20 tahun ini, tidak ada negara yang mampu memberi pengaruh begitu besar kepada ekonomi dunia. Sebagai satu contoh, pada akhir 1980-an, pelabuhan Jakarta mempunyai kemudahan yang lebih maju berbanding pelabuhan di Guangzhou dan Shanghai, China. Sekarang pelabuhan Guangzhou dan Shanghai telah mencapai taraf paling tinggi di dunia dan jauh lebih maju berbanding dengan pelabuhan Jakarta. Perkara ini mencerminkan kepesatan perkembangan ekonomi China, ekonomi China yang menunjukkan negara ini akan menjadi sebahagian komponen penting daripada ekonomi sejagat.

Menurut Richard Joost Lino, perkembangan ekonomi China yang pesat ini merupakan faktor utama yang menyebabkan Syarikat AKR, Indonesia melabur dalam pembinaan pelabuhan di Guigang, Guangxi. Kata beliau: "Syarikat AKR Indonesia telah menjalankan urusan di China selama 10 tahun dan sebagai sebuah syarikat besar yang menjalankan usaha pelabuhan dan pengedaran komoditi di Indonesia. Kami membuat pelaburan di Guiguang kerana lokasinya amat strategi dari segi pengangkutan air. Guigang terletak di tengah-tengah Guangxi dan boleh menghubungkan Yunnan, Guizhou dan Sichuan di kawasan pedalaman China. Selain itu, Guigang juga berhubung dengan Guangzhou, bandar pesisir luar yang besar di selatan China. Dengan itu, Guigang merupakan sebuah pelabuhan yang penting bagi pengangkutan kargo di kawasan ini."

Pelaksanaan Dasar Pembangunan Kawasan Barat secara Besar-besaran yang dilaksanakan oleh kerajaan China bermula tahun 2000 telah mendorong pembangunan di kawasan barat China yang seimbang dalam bidang populasi, sumber dan sosioekonomi. Serentak itu, kawasan barat China yang keluasannya meluas dan mempunyai sumber alam yang kaya juga boleh menyediakan sokongan yang besar kepada pembangunan ekonomi di bahagian timur China.. Menurut Encik Richard Joost Lino, Syarikat Kontena Pelabuhan AKR Guigang telah mengubahsuai rancangan pembinaan yang ditetapkan sebelum ini berdasarkan ekonomi China yang berkembang pesat. Kata beliau: "Berdasarkan rancangan pembangunan sebelum ini, jumlah muatan tahunan yang dirancangkan di pelabuhan Guigang ialah 150 ribu buah kontena serta 1.8 juta tan kargo yang bukan kontena. Tetapi, sekarang kami mahu kemampuan jumlah muatan itu ditingkatkan memandangkan jumlah kargo yang semakin bertambah. Maka, berdasarkan rancangan yang baru, jumlah muatan di pelabuhan Guigang menyasarkan kepada 200 ribu buah kontena dan 300 juta tan kargo lain pada setiap tahun."

Encik Richard Joost Lino yang giat menyumbang kepada usaha pembinaan pelabuhan Guigang amat dikagumi oleh rakan sekerjanya di China. Pegawai kerajaan Guigang, Encik Pang Zetao berkata: "Encik Richard Joost Lino ialah seorang yang sangat murah hati, ramah dan bekerja keras. Beliau menyumbangkan sepenuh tenaga dalam usaha pembangunan pelabuhan Guigang. Beliau bekerja dan hidup bersama dengan kami dan sudah mahir dengan suasana di sini."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |