v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Cerita tentang Atlet Olahraga Myanmar dalam Sukan Paralimpik Beijing, Winn Niang

2008-09-26 17:32:56 CRI

Kita tentu teringat taufan "Nargis" yang melanda Mynamar pada awal bulan Mei lalu. Bencana ini mengakibatkan kerugian yang besar bagi negara itu. Rumah Winn Niang terletak di kawasan bencana tersebut. Tanfan ini telah meragut nyawa belasan orang kaum kerabatnya, dan beliau juga tercedera. Walau bagaimanapun, beliau berjaya mengatasi pelbagai kesukaran, dan akhirnya dapat menyertai Sukan Paralimpik Beijing.

Winn Niang dilahirkan di sebuah kampung di provinsi Irrawaddy, Myanmar pada tahun 1971. Ketika Winn Niang berumur 6 atau 7 bulan, kakunya menjadi lumpuh kerana doktor yang metawatnya ketika itu menggunakan ubat yang salah. Namun, dengan bantuan kakaknya, Winn Niang telah berjaya menamatkan pengajiannya di univerisiti. Katanya:

"Ketika saya hampir tamat dari universiti, pada suatu hari, saya menonton televisyen, dan Pesta Sukan OKU Kebangsaan disiarkan. Pesta sukan ini amat manarik minat saya, dan saya merasakan saya juga boleh menyertai pertandingan sukan. Pada masa itu, saya memutuskan akan menjalani latihan dan menyertai Pesta Sukan OKU Myanmar."

Selepas tamat dari universiti, Winn Niang mula menjalani latihan renang di tepi laut, dan mendaftarkan nama untuk menyertai Pesta Sukan OKU Myanmar. Pada masa itu, walaupun beliau tidak mencapai kecemerlangan dalam pertandingan, namun beliau juga dipilih oleh jurulatih. Tetapi yang memilih Winn Niang ialah jurulatih olahraga, bukan jurulatih renang. Katanya: "Menurut jurulatih tersebut, saya lebih sesuai menjalani latihan acara lontar peluru, lempar cakera dan lempar lembing. Oleh itu, saya mengubah acara sukan saya. Ketika tiada latihan, saya mengekalkan latihan sendiri di kampung. Pada masa itu, kampung saya agak mundur dan tiada kemudahan latihan. Saya terpaksa menggunakan batu yang besar untuk menjalani latihan lontar peluru dan menggunakan buluh untuk menggantikan lembing."

Pada tahun 1999, Winn Niang mewakili Myanmar menyertai Pesta Sukan OKU Timur Jauh dan Pasifik Selatan, dan berjaya meraih pingat emas bagi acara lempar lembing lelaki. Selepas itu, beliau kerap kali meraih pingat emas acara lempar lembing, lontar peluru dan lempar cekera dalam Pesta Sukan OKU ASEAN. Impiannya ialah mewakili negaranya menyertai Sukan Paralimpik dan meraih pingat.

Namun, ketika Sukan Paralimpik Beijing akan diadakan tidak berapa lama lagi dan Winn Niang dijangka dapat mencapai impiannya, bencana taufan melanda Myanmar. Sebagaimana yang kita tahun, pada 2 Mei lalu, taufan "Nargis" yang ganas telah melanda pantai Myanmar. Kampung halaman Winn Niang merupakan kawasan bencana yang paling teruk dilanda bencana itu. Kesemua anggota keluarga kakaknya menjadi mangsa. Dia sendiri pun kere cedera. Beliau berasa amat sedih ketika mengenang kembali pengalamannya yang pahit itu. Katanya: "Kampung saya ialah kawasan bencana yang paling teruk dalam bencana taufan itu. Kesemua 13 orang anggota keluarga kakak saya menjadi mangsa. Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri kesemua mereka, termasuk anaknya yang hanya berumur setahun digulung oleh ombak yang besar. Saya membawa dua orang kanak-kanak lari ke kuil. Saya melihat rumah saya digulung oleh taufan itu . Pinggang saya tercedera ketika rumah saya runtuh."

Winn Niang dan kakaknya amat rapat dan mesra. Dari bersekolah hinggalah menjalani latihan, kakaknya selalu membantu Winn Niang. Baginya, kehilangan kaum kerabat lebih menyedihkan daripada kecederaan di pinggangnya dan kerugian harta benda. Selain itu, perkara yang menyedihkannya lagi ialah kemungkinan impiannya untuk menyertai Sukan Paralimpik tidak kesampaian. Kerana dilanda taufan, lalu lintas dan komunikasi antara kampung halamannya dengan Yangon terputus. Akibatnya sakit pinggangnya tidak dapat dirawat, dan ini menjadikan Winn Niang tidak dapat berjalan, dan beliau pula perlu berada bersama-sama dengan isteri dan dua orang anaknya. Ketika itu, hanya tinggal empat bulan sehaja lagi menjelang Sukan Paralimpik, dan atlet yang lain telah memulakan latihan di Yangon. Katanya: "Semua benda ditelan oleh taufan, lalu lintas dan komunikasi terputus. Kami sekeluarga tiada makanan dan tempat tinggal. Tidak nampak kemungkinan untuk saya menyertai Sukan Paralimpik. Namun, tidak berapa lama selepas itu, pegawai Kesatuan OKU telah datang berjumpa saya, memberikan 500 ribu Burmese kepada saya untuk membina semula rumah dan menjaga anggota keluarga saya. Saya mengikut mereka pergi ke Yangon untuk menerima rawatan. Mereka menggalakkan saya, dan saya merasakan saya mesti menyertai Sukan Paralimpik demi kaum kerabat saya, negara saya dan orang ramai yang membantu saya."

Setelah dirawat selama sebulan, Winn Niang kembali pulih dan dapat menjalani latihan selama dua bulan sebelum Sukan Paralimpik. Beliau pulih kepada tahap-tahap prestasinya pada masa lalu satu demi satu. Beliau berharap mencapai kejayaan dalam Sukan Paralimpik. Katanya:

"Saya berasa amat bertuah. Sukan mendatangkan kegembiraan dan keyakinan kepada saya dan juga memberikan keberanian untuk saya terus hidup. Merebut pingat bukan sahaja untuk mengharumkan nama negara saya, tetapi juga merupakan impian saya sendiri. Sekiranya dapat menyertai pertandingan, saya akan terus mengekalkan latihan."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |