v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Terus Galakkan Pembaharuan di Desa

2008-10-13 15:06:38 CRI

Sidang Pleno Ke-3 Jawatankuasa Pusat Ke-17 Parti Komunis China (PKC) telah diadakan di Beijing pada 9 hingga 12 Oktober lalu. Seperti jangkaan awal, isu pembaharuan di desa telah menjadi topik utama. Dalam sidang ini dikemukakan matlamat pembaharuan dan pembangunan di desa hingga tahun 2020. Antaranya, termasuklah membentuk sistem integrasi pembangunan ekonomi dan sosial di bandar dan di desa, menjamin keselamatan bahan makanan dan bekalan produk pertanian, dan meningkatkan pendapatan kaum tani sekali ganda.

Dasar pembaharuan dan pintu terbuka China lebih awal dilaksanakan di desa. Namun, beberapa tahun kebelakangan ini, pembangunan di kawasan tersebut jauh ketinggalan berbanding dengan pembangunan di bandar. Untuk mempercepat pembaharuan di desa, sidang ini telah mengemukakan strategi yang perlu dilaksanakan dalam 3 bidang, iaitu mengintensifkan pembangunan sistem di desa, menggalakkan pembangunan pertanian yang moden dan mendorong usaha awam di desa.

Dalam bidang pembangunan sistem di desa, sidang itu menekankan usaha menyempurnakan sistem pengurusan asas, sistem pengurusan sumber tanah, sistem perlindungan pertanian dan sistem demokrasi di desa, di samping membentuk sistem kewangan desa yang moden. Selain itu, usaha juga perlu dilakukan untuk mewujudkan sistem integrasi pembangunan ekonomi dan sosial di bandar dan desa berdasarkan keperluan terhadap keseimbangan pembangunan antara bandar dengan desa.

Menurut Naib Ketua Bahagian Pembangunan Desa Pusat Penyelidikan Pembangunan Dewan Negara China, Encik Xu Xiaoqing, ciri-ciri utama dwistruktur ekonomi di bandar dan desa ialah struktur ekonomi di bandar mengutamakan pengeluaran perindustrian yang moden, manakala struktur ekonomi di desa berfokus kepada ekonomi tani yang tipikal. Percanggahan antara kedua-dua struktur ini telah menyekat pembangunan di kawasan desa malah di seluruh negara. Maka pembentukan integrasi antara bandar dengan desa amat bermakna bagi pembangunan ekonomi dan perkembangan sosial seluruh negara. Kata beliau,

"Sektor pertaninan merupakan asas penting dalam pembangunan pengindustrian, urbanisasi dan modenisasi negara kita. Namun terdapat percanggahan yang ketara antara struktur ekonomi di bandar dan di desa. Maka, sidang kali ini telah menyediakan satu peluang keemasan bagi usaha mempertingkat pembaharuan dan pembangunan di kawasan desa."

Untuk merapatkan jurang perbezaan antara penduduk desa dengan penduduk bandar dalam menikmati sistem jaminan sosial, sidang ini memutuskan untuk meningkatkan peruntukan bagi bidang perubatan, pendidikan dan budaya di desa supaya persekitaran kediaman penduduk di kawasan itu menjadi lebih selesa.

Dalam bidang pembangunan pertanian yang moden pula, sidang ini menekankan peri pentingnya merancakkan sektor pertanian dan menjamin keselamatan bahan makanan dan bekalan produk pertanian. Sidang ini menekankan usaha mengubah cara pembangunan pertanian, meningkatkan inovasi sains dan teknologi dan pembinaan infrastruktur dalam sektor pertanian.

Sidang ini juga mengemukakan matlamat untuk meningkatkan pendapatan kaum tani sebanyak sekali ganda dan membasmi kemiskinan tegar menjelang tahun 2020. Penyelidik dari Institusi Penyelidikan Pembangunan Desa Akademi Sains China, Puan Li Jing menyatakan pendapatnya bahawa dengan melakukan beberapa tindakan pembaharuan, matlamat tersebut pasti dapat dicapai pada tahun 2020. Kata beliau,

"Pihak berkuasa boleh mengambil beberapa tindakan yang berkesan seperti menjamin nilai tanah di desa setaraf dengan nilai tanah di bandar, menambah pendapatan pekerja dari kawasan desa dan menaikkan harga produk pertanian. Dengan ini, matlamat meningkatkan pendapatan kaum tani sebanyak sekali ganda pasti dapat dicapai pada tahun 2020."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |