v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Temu Bual Bersama Menteri Perhubungan Brunei Darussalam Sempena Ekspo China-ASEAN ke-5
2008-10-21 19:45:36 CRI

Ekspo China-ASEAN ke-5 akan dirasmikan esok. Wartawan CRI telah mengadakan temu bual bersama Menteri Perhubungan Brunei Darussalam, Pehin Abu Bakar Apong yang akan menyertai ekspo tersebut di Nanning, Guangxi hari ini.

Wartawan CRI: Minta pandangan Pehin terhadap peranan yang dimainkan Ekspo China-ASEAN bagi mendorong kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Brunei dengan China?

Pehin Abu Bakar: Saya kira Ekspo China-ASEAN ini adalah satu daripada cara untuk mengeratkan hubungan antara ASEAn dengan China. Selama empat tahun yang lalu, ekspo ini telah memberikan pelbagai tema. Melalui tema ini, pihak ASEAN dan China dapat menumpukan perhatian kepada bidang-bidang tertentu. Saya sendiri telah menyertai Ekspo yang empat pada tahun lepas, yang memusatkan kepada pelabuhan. Dalam ekspo atau persidangan yang diadakan yang menumpukan kepada pelabuhan ternyata ada pelbagai peluang yang boleh diteroka di antara ASEAN dengan China dalam meningkatkan lagi hubungan, terutamanya hubungan perdagangan di antara pelabuhan-pelabuhan di ASEAN dengan China dan ke luar daripada ASEAN. Dan tahun ini, Ekspo ASEAN-China menumpukan kepada bidang ICT.

Wartawan CRI: Bagaimana hasil yang diperoleh Brunei setelah menyertai empat kali ekspo yang lalu? Apa produk Brunei yang paling diminati oleh pelanggan China?

Pehin Abu Bakar: Saya telah difahamkan oleh peserta-peserta yang menghadiri ekspo yang pertama, kedua, ketiga dan juga keempat bahawa melalui kehadian mereka ke ekspo ini, mereka telah bertemu dengan rakan-rakan mereka dari negeri China dan ASEAN dan mengeratkan perhubungan di antara kedua-dua belah pihak. Dalam ekspo yang lalu, peniaga-peniaga dari Brunei atau syarikat-syarikat dari Brunei membawa bersama mereka produk-produk seperti nyaman daripada buluh rotan, produk-produk makanan seperti kerompok. Mereka mendapsti bahawa produk-produk ini diminati di Nanning ini. Jadi, daripada pertemuan tersebut, kemungkinan mereka telah dapat membuat hubungan dengan rakan-rakan peniaga mereka di Nanning atau di China ini.

Wartawan CRI: Apakah expectation Pehin terhadap Ekspo China-ASEAN kali ini? Apa bidang yang Pehin rasa mempunyai potensi yang perlu diterokai dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan Brunei-China pada masa depan?

Pehin Abu Bakar: Semua mengakui bahawa China adalah ekonomi terbesar di dunia dan rantau ini. Dalam hubungan ini, saya lihat dalam keadaan ini, banyak peluang boleh diteroka antara Brunei dengan China. Oleh kerana bidang ICT ialah satu bidang yang mempunyai potensi untuk diterokai, saya kira satu bidang yang perlu dapat diterokai pada masa ini dan masa akan datang ialah komunikasi dan ICT. Dalam hubungan ini, memang kerjasama di antara Brunei dengan China telah wujud. Ada penglibatan syarikat Huawei di Brunei telah membawa teknologi terbaru iatiu NGN (New Generation Network) bagi hubungan telekomunikasi. Saya kira, bidang-bidang telekomunikasi dan ICT yang lain boleh diusahakan untuk diterokai bersama di antara Brunei dengan China.

Wartawan CRI: Apakah kelebihan Brunei dalam bidang ICT?

Pehin Abu Bakar: Satu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah Brunei merupakan sebuah negara kecil dengan jumlah penduduk yang kecil juga. Tapi, Brunei mempunyai kestabilan. Bagi negara yang kecil, kemudahan yang boleh kita lihat ialah bahawa sesuatu implikasi atau software solution itu akan dapat dilaksanakan atau dicuba dengan masa yang singkat. Ini telah terbukti apabila kita membawa teknologi NGN bahawa kalau saya tidak silap, negeri Brunei adalah yang pertama menggunakan NGN, kerana keluasan geografinya yang kecil, teknologi ini dapat dilaksanakan ke seluruh negara. Ini tempat percubaan sesuatu teknologi untuk dinilai keberkesanannya. Maka, dalam bidang inilah, kita mempunyai kelebihan persaingan.

Perkara kedua ialah negara Brunei Darussalam adalah negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa keduanya, dan hampir keseluruhan penduduk dan generasi muda boleh berbahasa Inggeris dan menguasai bahasa Inggeris. Bahasa ini adalah bahasa yang digunakan lebih banyak dalam industri software dan ini mungkin satu lagi bidang yang boleh diterokai untuk perkembangan industri ini pasa masa akan datang.

Wartawan CRI: Kini, krisis kewangan yang melanda A.S. dan Eropah turut dirasai oleh negara-negara Asia. Pada pendapat Pehin, apakah langkah yang perlu diambil oleh negara-negara ASEAN dan China bagi bersama-sama menghadapi masalah tersebut?

Pehin Abu Bakarg: Saya kira, semua kerajaan di rantau Asia menyedari akan implikasi yang boleh dibawa daripada krisis kewangan daripada Amerika Syarikat dan Eropah pada masa ini. Daripada pembacaan saya di media bahawa kebanyakan negara sudah bersedia umpamanya di Jepun, Korea dan China untuk berhati-hati. Kita di rantau ini sudah mengalami krisis kewangan lebih kurang 10 tahun yang lalu iaitu dalam tahun 1997. Jadi, kita merasakan bahawa negara-negara di rantau ini lebih berwaspada sejak berlakunya krisis kewangan tahun 1997 itu. Adalah mustahak, setiap negara mengambil langkah-langkah berwaspada dan untuk penjimatan. Ini akan dapat mengelakkan daripada kesan yang buruk daripada krisis seperti ini, tidak dapat dinafikan, kita akan rasakan kesan itu, tapi kesan itu dapat dikurangkan.

Wartawan CRI: Ekspo China-ASEAN yang sudah dianjurkan empat kali telah banyak mendorong perkembangan perdagangan dan pelaburan antara China dan ASEAN. Minta pandangan Pehin terhadap peranan ekspo ini dalam proses pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN?

Pehin Abu Bakar: Saya kira ekspo ini memberi pendedahan secara beransur-ansur kepada kawasan perdagangan bebas China-ASEAN. Bagi kedua, ASEAN dan China dapat mengenal pasti bidang-bidang yang boleh dimanfaatkan apabila sampai masanya untuk ke kawasan perdagangan bebas ini direalisasikan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |