v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Duta Besar Malaysia Ke China Memberikan Tafsiran tentang Kerjasama Asia-Eropah

2008-10-31 15:53:20 CRI

Sidang Kemuncak Asia Erupah Ke-7 telah ditutup di Beijing pada 25 Oktober lalu. Dalam tempoh berlangsungnya dua hari sidang itu, wartawan kami berpeluang mewawancara Duta Besar Malaysia ke China, Dato' Syed Norulzaman Syed Kamarulzaman.

Mekanisme kerjasama Asia-Eropah dicadangkan oleh Mantan Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong ketika beliau mengadakan lawatan rasmi ke Perancis pada tahun 1994. Cadangan beliau mendapat sokongan ramai dan Sidang Asia-Eropah turut ditubuhkan pada tahun 2006. Kekita ditanya pandangan mengenai mekanisme ini dan apa erti bagi negara-negara anggoat nya, Dato' Syed Norulzaman berkata: "Forum seperti ASEM ini memanglah merupakan forum kerjasama, forum di antara Eropah dan Asia dimana peluang diberi kepada kedua belah pihak untuk berdialog dan mencari usaha kerjasama untuk menangani pelbagai isu yang penting kepada dunia , ialah satu forum yang memang Malaysia sendiri yang menyokong. Oleh kerana, dalam dunia sekarang satu negeri atau satu region sendiri tidak boleh menyelesaikan apa-apa masalah dengan sendiri. Bila terjadinya satu-satu kejadian, dalam arah globalisasi ini, tentu negara-negara perlu bekerjasama. Bukan hanya dalam negara serantu, tetapi juga antara satu region dengan satu region yang lain. Ambil satu sebagai misalah, krisis kewangan yang sedang dihadapi di dunia sekarang, tiap-tiap negara perlu mencari jalan bekerjasama untuk mempulihkan kembali pasaran kewangan ini. Jadi ASEM merupakan satu forum yang memberi peluang untuk kita berbincang dialog untuk mencari penyelesaian bagi kebaikan bukan untuk kebaikan sendiri, tetapi untuk kebaikan semua. Itu saya rasa yang penting bagi Malaysia memandang terhadap ASEM ini."

Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-7 ini diadakan berlatarbelangkan krisis kewangan global. Jadi masalah ekonomi menjadi tumpuan bersama. Bagi negara-negara Asia termasuk Malaysia yang pernah mengalami krisis kewangan pada tahun 1997. Bagaimana keadaan sekarang?

Dato' Syed Norulzaman nampaknya amat yakin dengan kemampuan Malaysia kali ini. Beliau berkata: " Keadaan ekonomi Malaysia amat baik. Kami masih percaya bahawa pertumbuhan ekonomi boleh dicapai seperti yang dirancangkan, walaupun ada krisis kewangan sekarang, seperti negara China juga, Malaysia sudah ada langkah-langkah yang telah diambil semenjak 1997 tahun dahulu, *internation deposire tidak begitu ketara*. Seperti negara-negara lain. Walaubagaimanapun, kita tahu kita perlu bersiap sedia dan perlu mengambil tindakan supaya pertumbuhan ekonomi diteruskan dalam semua-semua sektor.

Beliau menambah bahawa negara-negara berkaitan dalam rangka 10+3, iaitu ASEAN dengan China, Republik Korea dan Jepun juga giat berusaha untuk mencari penyelesaian. Sumbangan China dalam menangai krisis kewangan amat dihargai. Beliau berkata:"Terdapat satu "fund" yang diusahakan semenjak tahun 1997 yang dipanggil "Cadangan Chiang Mai". Ini temasuk juga peranan China, Republik Korea dan Jepun bersama-sama negara ASEAN. Sumbangan ketiga-tiga negara tersebut amat besar kerana 80% untuk tabung itu adalah dari tiga negara tersebut ini. Jadi peranan China amatlah dihargai.

Selain daripada krisis kewangan, topok-topik termasuk keselamatan makanan, tenaga dan perubahan iklim, kerjasama menangani bencana juga menjadi perhatian ramai. Dato' Syed Norulzaman memberitahu wartawan bahawa Malaysia amat mementingkan masalah keselamatan makanan. Beliau berkata: "Yang menjadi tumpuan kepada Malaysia adalah isu seperti "food sekuriti". Perdana Menteri Malaysia juga membuat kenyataan di ASEM ini mengenai masalah "food sekurity". Pandangan beliau secara keseluruhannya ialah kita perlu meningkatkan lagi perkembangan sektor pertanian supaya kita akan terus dapat membantu soal-soal makanan.

Masalah ini bukan hanya merupakan Malaysia saja, isu "food security" ialah satu isu global sekarang. Oleh kerana jutaan orang masih mengalami kelaparan. Ini memang satu-satu isu yang perlu ditangani secara bersama-sama."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |