v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Universiti Etnik-Etnik Guangxi Tawarkan Jurusan Bahasa Melayu

2008-11-14 16:24:46 CRI

Siswa-siswi yang mengikuti jurusan bahasa Melayu didapati amat berminat kepada Malaysia. Mereka bukan sahaja memberikan perhatian kepada situasi politik, ekonomi, kebudayaan dan adat resam masyarakat Malaysia, malah berminat kepada tapak peninggalan sejarah dan makanan yang bercita rasa Malaysia. Wei Huanghui, seorang mahasiswa jurusan bahasa Melayu berkata: "Saya amat berminat kepada adat resam dan kebudayaan Malaysia yang unik. Tempat yang paling ingin saya lawati ialah Melaka dan Pulau Pinang. Ketika mempelajari bahasa Melayu, saya merasakan sebutan bunyi "r" paling sukar untuk dikuasai. Selain itu, saya juga sering keliru dengan beberapa perkataan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris."

Mahasiswa-mahasiswi yang mengikuti jurusan bahasa Melayu di Universti Etnik-Etnik Guangxi

Wei Huanghui memberitahu wartawan bahawa semua mereka belajar bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh dan berminat kepada budaya Melayu. Mereka merasa amat seronok apabila mempelajari lagu dan tarian Melayu secara beramai-ramai melalui bahan audio dan video.

Universiti Etnik-Etnik Guangxi merupakan universiti keempat yang menawarkan jurusan bahasa Melayu di China, selepas Universiti Peking, Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing(BFSU) dan Univeristi Komunikasi Beijing. Ketika menyebut usaha pengajaran bahasa Melayu di China, Prof. Wu Zongyu memberitahu wartawan: "Usaha pengajaran bahasa Melayu di China berkembang pesat dan mencapai kemajuan yang amat menggalakkan. Saya difahamkan bahawa universiti di Provinsi Yunnan, China juga akan menawarkan jurusan bahasa Melayu tidak lama lagi. Kini, terdapat lebih 70 orang mahasiswa dalam tiga kelas yang sedang mengikuti jurusan bahasa Melayu di BFSU pada tahun ini. Saya amat sukacita melihat China telah melaksanakan usaha yang amat gigih dalam mengembangkan usaha pengajaran bahasa Melayu berbanding dengan negara lain."


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |