Lembah Tuyugou

CRI 2011-09-12 09:57:15

Gua Beribu Patung Buddha

Gua bersejarah ini dikenali sebagai Kuil Dinggu pada zaman lampau dan tersimpan banyak lukisan dinding. Di sini terdapat 94 buah gua, 45 buah daripadanya terpelihara dengan baik. Gua yang paling awal dibina pada zaman Dinasti Jin dan 16 Negeri. Pada tahun 443-450 Masihi, agama Buddha berkembang pesat di Tuyugou. Sekarang lebih 90% daripada lukisan dinding di Tuyugou telah musnah akibat perampasan imperialis atau kegiatan manusia. Pelancong dapat melihat beberapa lukisan dengan perkataan Huihu di dalam lapan buah gua sahaja. Selain itu, kitab Buddha juga pernah ditemui di tempat ini.


1 2 3 4
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China