|
||

Pusara Tuyugou
Pusara Tuyugou terletak di sebelah barat Gua Beribu Patung Buddha. Pada awal abad ke-7, kononnya lima pengikut Nabi Muhammad termasuk Yemunaiha datang ke China untuk mengembangkan agama Islam. Selepas mereka tiba di lembah Turpan, seorang penggembala tempatan menjadi orang China yang pertama menganut agama Islam. Jadi lima pengikut Nabi Muhammad tersebut menetap di kawasan itu hingga meninggal dunia. Mereka dikebumikan di Pusara Tuyugou. Perkuburan mereka dibina di atas bukit yang dikelilingi tembok yang tingginya tiga meter.
Pusara Tuyugou boleh dikatakan adalah salah satu tempat penting agama Islam di China, digelar "Mekah di China". Menurut penganut Islam tempatan, sebelum pergi ke Mekah untuk menjalani ibadah Haji, mereka pasti akan ke Pusara Tuyugou terlebih dahulu. Sekarang penganut agama Islam Tanah Besar China, Hong Kong, Makau dan Taiwan serta Jerman dan Turki pergi ke sana untuk menziarahiPusara Tuyugou.