|
||

Perkampungan Uygur di Tuyugou
Perkampungan ini mengekalkan tradisi lengkap etnik Uygur. Penduduk tempatan bertutur dalam bahasa Uygur, beragama Islam dan memakai pakaian tradisional etnik Uygur. Di jalan masuk Lembah Tuyugou dari sebelah selatannya ada sebuah kampung etnik Uygur yang berusia lebih 1,700 tahun, merupakan kampung entik Uygur yang paling tua dan dipelihara dengan paling baik di Xinjiang. Lebih 200 buah keluarga etnik Uygur tinggal di sekitar masjid yang besar di kampung itu. Rumah mereka dibina dengan tanah liat berwarna kuning yang mewarisi seni bina pada lebih 2000 tahun lalu. Ada bangunan yang mempunyai seni bina yang menggabungkan ciri-ciri agama Buddha dan agama Islam.

Tip:
Tuyugou terletak 70 kilometer dari kaunti Shanshan. Bas dari Shanshan ke Tuyugou bertolak pada pukul 12.00, 13.00 dan 14.00. Antara Turpan dengan Tuyugou yang jaraknya 60 kilometer, juga disediakan perkhidmatan bas dua jam sekali bermula dari pukul 12.00 hingga 18.00.