Cari:
D1 (10 Julai): Lawatan ke Laman Web Tianshan
2012-07-11 14:25:00 CRI Cetak

Para pemenang hadiah mengambil gambar beramai-ramai selepas kunjungan ke Laman Web Tianshan.

Perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam menaiki kapal terbang dari Beijing ke bandar Urumqi yang terletak di wilayah Xinjang membuat saya terpegun melihat Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang yang beragama Islam dan dengan keindahan kotanya. China mempunyai 56 etnik kesemuanya dan etnik Uygur antara etnik minoriti yang besar di China dengan bilangan penduduknya seramai 10 juta. 

Setibanya saya di Urumqi saya dibawa melawat ke sebuah syarikat berita Online Tianshannet, di bawah pemerintahan Jabatan Penerangan Xinjiang. Laporan berita kebanyakanya dari sumber bandar Urumqi. Tianshannet mempunyai kakitangan seramai 200 orang termasuk wartawan, jurugambar dan bahagian pemasaran, Tianshannet mempunyai 5 bahasa antaranya adalah bahasa Inggeris, bahasa Rusia dan beberapa jenis bahasa tempatan. Ianya juga boleh dilayari di telefon bimbit mahupun komputer riba kerana mempunyai rangkaian E-paper digital.

Kemudian saya dibawa melawat ke sebuah syarikat animasi yang terbesar di Xinjiang, Qarluq dalam bahasa Uygur membawa erti satu zaman dinasti Uygur. Pada zaman tersebut, agama Islam pertama kali menjadi agama utama di kawasan Xinjiang. Qarluq adalah di antara syarikat animasi yang mempunyai hubungan dengan Syarikat Apple di China selain daripada Universiti-universiti di China. Kebolehannya membuat filem berbentuk animasi serta aplikasi-aplikasi di I-Phone telah membawa kejayaan syarikat berkenaan ke merata Asia, dan kakitanganya terdiri daripada anak muda yang berasal dari Uygur.

Perhentian terakhir saya pada hari ini adalah di Bazaar Urumqi dan perjalanan saya seterusnya akan menyusuri sekitar kota pada keesokan harinya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China