Perjalanan hampir 2 jam dari Urumqi ke Turpan hari ini, saya dapat lihat keindahan gunung-ganang serta kehijauan tanaman menyejukan pandangan mata saya. Cuaca di sini sekitar 45 darjah celcius. Kami berhenti seketika di janakuasa tenaga angin Dabancheng. Anginya yang kuat sangat baik untuk menjanakan tenaga elektrik daripada menggunakan bahan api untuk melindungi alam sekitar Xinjiang.
Perjalanan seterusnya menuju ke Bezeklik iaitu gua seribu patung Buddha yang dilukis di tanah dan batu. Gua tersebut berhampiran dengan Gunung Api. Mengikut sumber penduduk tempatan gunung api kemerahan terbentuk apabila matahari terbenam, gunung akan bertukar warna menjadi kemerahan.
Perjalanan diteruskan ke Grape Valley iaitu tanaman anggur termasyur di China dengan kadar keluasanya 18 km persegi, ianya terletak 155 meter dari paras air laut, setiap bulan ogos penduduk tempatan akan mengadakan majlis keramaian setelah anggur sudah masam untuk dipetik dan dijamukan kepada para pelancong yang hadir ke Grape Valley berkenaan.
Destinasi seterusnya saya menuju ke Muzium Saluran Air Karez, Turpan, serta berpeluang melihat cara orang dulukala membuat terowong untuk mendapatkan sumber air dari bawah tanah sedalam 80 hingga 100 meter. Sistem ini dikatakan telah berusia lebih 1200 tahun.
Destinasi terakhir saya pada hari ini menuju ke Kota Kuno Jiaohe, keluasanya dikatakan 380 ribu meter persegi, di sini adalah kota lama dan hanya tinggal runtuhanya sahaja, kebanyakan penduduk di sini beragama Buddha dan usia kota ini hampir 2000 tahun dan telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai tinggalan warisan budaya dunia. Kota ini juga dulukala dikatakan berpusat sebagai kerajaan Negara kuno Chechi yang membentuk ekonomi, politik, pada zaman Dinasti Tang pada abad ke-9, nenek moyang orang Uygur iaitu orang Huihui datang ke kota ini dan menjadi penduduk utama di kota kuno Jiaohe. Perjalanan saya tamat di sini dan akan bersambung ke destinasi berikutnya pada keesokan harinya.