Cari:
D5 (14 Julai): Perjalanan ke Tasik Kanas
2012-07-15 15:28:35 CRI Cetak

 

Perjalanan saya hari ini ke Tasik Kanas, yang bermaksud "The Lake of Canyon". Keluasan tasik 45.78km persegi, airnya yang sejuk dan nyaman begitu segar membuatkan ramai pelancong yang datang bercuti ke sini.

Kelihatan di sekeliling pandangan dan tumbuhan yang menghijau dikekalkan oleh kerajaan di sini supaya dapat mengembalikan suasana yang neutral. Cuacanya yang sejuk amat sesuai untuk si pencinta alam tanpa ada pencemaran dan jauh dari kebisingan kota.

Perjalanan saya seterusnya mengambil masa selama 3 jam menuju ke Kampung orang Tuwa, penduduk asli di sini bertani dan menjual hasil kraf tangan tempatan dan tempat kami makan tengah hari tidak jauh dari sempadan negara Rusia iaitu sejauh 20km. Tempat ini amat menarik kerana pemandangannya juga sama di Tasik Kanas, makananya yang cukup berkhasiat kerana terdiri daripada sayur-sayuran tempatan yang segar diambil tepi pergunungan.

Sepanjang perjalanan, saya dapat melihat etnik Mongol dan rumahnya yang begitu unik sekali diperbuat daripada batang pokok tepi pergunungan, jalan rayanya tidak cukup besar hanya muat untuk sebuah bas yang lalu. Saya kagum dengan pemandu bas kami kerana dapat mengatasi masalah dengan mudah jika bertembung dengan bas yang lain di laluan yang sama dan itu memerlukan kemahiran yang cukup tinggi untuk mengatasinya apabila melalui tepi curam yang tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China