1. Sumber ekologi yang terpelihara dengan baik
Dalam proses pembangunan bandar yang membawa perubahan kepada sistem ekologi alam sekitar, bandar berkenaan sepatutnya memberi perhatian kepada perlindungan tanah, sumber tenaga, gunung dan air, tumbuhan dan haiwan, warisan peninggalan sejarah supaya unsur-unsur ini dijaga baik yang selaras dengan pembangunan sosioekonomi dan pembangunan bandar. Di samping itu, bandar-bandar berkenaan juga perlu menetapkan matlamat dan panduan perlindungan ekologi alam sekitar serta melaksanakan rancangan, pengurusan, pemeliharaan dan penggunaan sumber ekologi dengan berkensan. Pendek kata, pembangunan bandar sepatutnya berasaskan perlindungan terhadap alam sekitar dan tidak mengorbankan alam sekitar.
2. Ekologi alam sekitar yang baik untuk didiami
Menggunakan pelbagai saluran dan pendekatan, meningkatkan kesedaran penduduk dalam memelihara ekologi alam sekitar. Selain itu, penduduk di bandar-bandar berkenaan mengamalkan cara hidup dan kerja yang saintifik dan hijau, dan pendidikan perlindungan ekologi kepada golongan kanak-kanak.
3. Model industri ekologi yang istimewa
Industri ekologi merujuk kepada model pembangunan industri yang mempunyai proses ekologi yang cekap dan fungsi ekologi yang harmoni berdasarkan kapasiti penampungan alam sekitar. Cara pengeluaran yang dapat dikitar semula ini boleh mengurangkan pelepasan sisa ke tahap minimum dan mengoptimumkan penggunaan sumber dan tenaga. Industri ekologi dapat mendinamikkan gabungan bandar dengan kampung, perindustrian dengan pertanian, dan perlindungan ekologi dengan pembangunan ekonomi, sekaligus membekalkan penilaian, reka bentuk, dan cara pengurusan berkenaan kepada syarikat.
4. Pelancongan ekologi yang berkembang dinamik
Pelancongan ekologi yang menekankan pemeliharaan terhadap pemandangan alamiah, merupakan pelancongan lestari yang memastikan sumber pelancongan dan suasana baik kehidupan dan kediaman manusia terjamin. Pelancongan ekologi tidak sepatutnya membangun dengan menjejaskan alam sekitar, sebaliknya memeliharanya, sehingga generasi akan datang mempunyai peluang yang sama dengan generasi semasa untuk menikmati pemandangan alam yang baik pada masa ini. Di samping itu, pelancongan ekologi juga perlu mengutamakan pendidikan persekitaran, supaya menjadi sekolah manusia mempelajari, mencintai dan melindungi alam.