Aktiviti interaktif secara dalam talian "Pemilihan Kedudukan Bandar Mempesona 2013 – Bandar Ekologi" yang dianjurkan oleh CRI Online dan di bawah pimpinan Jabatan Penerangan Dewan Negara, Kementerian Kebudayaan, Kementerian Perlindungan Alam Sekitar dan Jabatan Pelancongan Negara dilancarkan pada 3 Mei. Sebanyak 20 buah bandar diumumkan sebagai calon untuk pemilihan yang bakal berlangsung selama tiga bulan ini.
20 bandar yang terpilih sebagai calon oleh panel juri adalah Weihai, Yantai, Chengde, Panjin, Ergun, Xiamen, Guiyang, Yangzhou, Zhongshan, Huizhou, Pu'er, Yingtan, Wudalianchi, Xichang, Nyingchi, Huzhou, Haining, Zixing, Beihai dan Baoting. Imej bandar-bandar ini akan dipamerkan menerusi ruangan khas di laman sesawang CRI Online dalam pelbagai bahasa dan beberapa media asing sebagai rakan kerjasama dalam tiga bulan akan datang.
Dalam tempoh tersebut, pengguna internet dapat membuang undi menerusi laman sesawang ini. Pihak penganjur akan mengumumkan 10 bandar yang digelar "bandar ekologi dipilih pengguna internet global" mengikut keputusan pengundian pada 31 Julai nanti.
Selain itu, media dalam dan luar negara bakal membuat liputan terhadap bandar terbabit untuk memperkenalkan bandar ekologi kepada pengguna internet. Majlis penganugerahan berkenaan dijadualkan pada akhir September dengan kehadiran duta besar dan wartawan asing.