Cari:
Guiyang
2013-05-01 13:36:59 CRI Cetak

Guiyang ialah sebuah bandar pergunungan yang indah di Daratan Tinggi Yunnan-Guizhou, barat daya China. Cuaca di bandar ini tidak terlalu panas pada musim panas dan tidak terlalu sejuk pada musim sejuk. Persekitaran ekologi yang kondusif, udara yang bersih dan segar, altitud dan latitud yang sederhana, pancaran matahari yang kurang, menyebabkan bandar ini diberi gelaran "kota peranginan musim panas China" oleh Persatuan Meteorologi China.

Guiyang mempunyai landskap karst yang bercirikan "gunung aneh, air jernih, batu cantik dan gua unik". Geotermal dan mata air panas yang baik untuk kesihatan boleh didapati di seluruh bandar, maka ia juga digelar "kota mata air panas". Guiyang kaya dengan warisan budaya. Bangunan zaman Dinasti Ming dan Qing di pekan purba Qingyan yang sudah bersejarah 620 tahun, dipelihara dengan utuh, sekali gus memperlihatkan penggabungan budaya China dengan budaya Barat. Guiyang yang kaya dengan pelbagai jenis juadah, memiliki lebih 100 jenis makanan tradisional yang sedap. 50 etnik minoriti termasuk etnik Miao, Buyi dan Dong yang hidup bersama-sama dengan harmoni di Guiyang mewujudkan adat resam yang unik.

1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China