Tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 penjalinan hubungan dialog China-ASEAN. Untuk memperingati kerjasama yang bererti itu, China dan sepuluh negara ASEAN akan mengadakan seset aktiviti peringatan di Nanning, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China pada penghujung Oktober ini. Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-15 penjalinan hubungan diplomatik China-Brunei Darussalam. Wartawan radio kami telah membuat liputan di Brunei Darussalam baru-baru ini.
Pada 30 September 1991, China dan Brunei Darussalam telah menjalinkan hubungan diplomatik. Kedua-dua negara ini telah mengadakan beberapa aktiviti peringatan pada tahun ini. Baru-baru ini, Kutipan Data Sejarah Hubungan China- Brunei Darussalam telah diterbitkan di bandar Seri Begawan. Menteri Luar dan Perdagangan Kedua Brunei Darussalam, Pehin Dato Lim Jock Seng dalam wawancaranya telah menilai tinggi hubungan persahabatan dan kerjasama kedua-dua negara. Beliau menyatakan:
"Dalam tempoh 15 tahun yang lalu, hubungan Brunei Darussalam-China berkembang dengan baik, jumlah perdagangan dua hala bertambah dengan pesat dan kunjung-mengunjungi peringkat tinggi dijalankan baik. Hubungan antara Brunei Darussalam dengan China sangat harmoni, kedua-dua negara kita boleh membincangkan semua masalah serta mempunyai pandangan yang berbeza kerana Brunei Darussalam dan China saling menghormati antara satu sama lain."
Krisis kewangan yang melanda Asia pada tahun 1997 telah melahirkan pengaruh yang besar terhadap banyak anggota ASEAN termasuk Brunei Darussalam. Tindakan China mencegah krisis kewangan itu telah memberikan kesan yang mendalam kepada Pehin Dato Lim Jock Seng. Beliau berpendapat:
"China telah memberikan sumbangan yang besar dalam menjana ekonomi rantau ASEAN khususnya dalam tempoh krisis kewangan Asia pada tahun 1997. Nilai RMB yang tidak merosot pada waktu itu telah memainkan peranan yang positif bagi negara-negara ASEAN memulihkan ekonomi masing-masing. Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, pertumbuhan ekonomi China yang pesat itu telah menjadi penjana yang memangkinkan pertumbuhan ekonomi ASEAN bahkan sejagat. Kami berasa amat gembira dengan pembangunan zon perdagangan bebas China-ASEAN yang lancar itu. Ini akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak China dan ASEAN."
Brunei Darussalam merupakan salah sebuah negara yang paling kaya di rantau ASEAN. Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita menduduki tempat ketiga di Asia selepas Jepun dan Singapura. Berdasarkan keputusan statistik Kementerian Perdagangan China bahawa jumlah perdagangan dua hala China- Brunei Darussalam pada tahun 2006 banyak bertambah berbanding tahun lalu.
Brunei Darussalam juga merupakan negara pengeluar minyak dan gas asli utama di dunia. Pada masa ini, Perbadanan Nasional Minyak Laut China telah mendapat permit untuk menyediakan perkhidmatan pencaligalian dan teknologi kepada syarikat minyak tempatan Brunei Darussalam. Pengarah Bahagian Pembangunan Seberang Luat Perbadanan Nasional Minyak Laut China, Encik Yang Bo berkata:
"Iklim pelaburan di Brunei Darussalam sangat baik, maka prospek korporat China terutamanya syarikat minyak amat baik di negara itu."
|