v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China dan ASEAN Jalankan Dialog untuk Tingkatkan Kepercayaan dan Bekerjasama untuk Bermanfaat Bersama

2006-10-23 13:24:35 CRI

Saudara pendengar, tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 penjalinan hubungan rakan dialog China-ASEAN. Sidang Kemuncak Peringatan Ulang Tahun ke-15 Penjalinan Hubungan Rakan Dialog China-ASEAN akan diadakan di bandar Nanning, selatan China pada 30 Oktober nanti. Sejak 15 tahun yang lalu, hubungan China-ASEAN semakin baik dan berkembang menjadi hubungan rakan kerjasama strategik. Ketua Pejabat Penyelidikan Asia-Pasifik Institut Masalah Antarabangsa China, Encik Shen Shishun ketika diwawancara oleh wartawan CRI berpendapat bahawa kepercayaan antara China dan ASEAN dalam pelbagai peringkat telah ditingkatkan melalui dialog.

Encik Shen Shishun berkata, oleh sebab dipengaruhi oleh isu perang dingin, ideologi, sejarah dan agama, China dan ASEAN pernah meragui antara satu sama lain bahkan berkonfrontasi. Akan tetapi, sejak dialog diadakan pada tahun 1991, kekhuatiran antara kedua-dua pihak telah dibatalkan, kedua-dua pihak menjadi rakan dialog dan saling mempercayai sehingga menjadi rakan stategik. Encik Shen Shishun berkata:

"Melalui dialog dan kerjasama dalam 15 tahun yang lalu, kepercayaan China dan ASEAN ditingkatkan. Boleh dikatakan, permusuhan menjadi kawan, hubungan rakan kerjasama berkembang menjadi hubungan rakan strategik, kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang ekonomi, politik, urusan keselamatan serta pertukaran lawatan dalam kalangan rakyat dijalankan. Mekanisma dialog antara China dengan ASEAN telah menjadi contoh kerjasama bagi kerjasama antara China dengan negara jiran yang lain serta negara membangun."

Shen Shishun berpendapat bahawa kerjasama dialog China-ASEAN dapat berkembang dengan pesat adalah kerana China menguruskan hubungan dengan negara jiran dengan pemikiran keselamatan yang baru dan dasar luar peningkatan persahabatan dan kerjasama dengan negara-negara jiran serta dasar pemeliharaan persahabatan, keamanan dan kemakmuran dengan negara-negara jiran yang dilaksanakan oleh China. Untuk membatalkan keraguan ASEAN, China tetap menyokong ASEAN memainkan peranan utama dalam kerjasama kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang. Beliau berkata:

"China pernah menegaskan berulang kali bahawa China akan menyokong ASEAN memainkan peranan utama dalam kerjasama serantau. China berusaha mengurangkan kebimbangan ASEAN. China tidak ingin memimpin atau mengawal ASEAN, China berharap kedua-dua pihak beruntung dalam kerjasama."

Sekarang hubungan China-ASEAN telah menjadi hubungan rakan yang paling berdinamik dan berhasil dalam hubungan rakan dialog ASEAN dengan pihak yang lain. Shen Shishun berpendapat bahawa peningkatan kepercayaan antara China dengan ASEAN telah menggalakkan kerjasama kedua-dua pihak, hasil kerjasama itu telah meningkatkan pengaruh seluruh Asia Timur di dunia. Encik Shen Shishun berkata:

"Peningkatan kepercayaan antara satu sama lain telah membuat kerjasama kedua-dua pihak dijalankan dengan lancar, rantau ini menjadi semakin berdinamik dan semakin mempunyai daya tarikan. Negara bukan rantau ini seperti India, Australia, New Zealand, Rusia, Kesatuan Eropah bahkan A.S. juga penuh dengan keyakinan terhadap rantau ini."

Sidang Kemuncak Peringatan Ulang Tahun ke-15 Penjalinan Hubungan Rakan Dialog China-ASEAN akan diadakan di Nanning China pada 30 Oktober, Shen Shishun menyatakan bahawa kedua-dua pihak akan terus memperkukuh dan meningkatkan hubungan rakan strategik China-ASEAN. Beliau Berkata:

"Kerjasama China-ASEAN dijalankan dengan bersungguh-sungguh, kepercayaan politik antara kedua-dua pihak dan hubungan rakan strategik akan ditingkatkan, kerjasama ekonomi dan perdagangan akan mencapai tahap yang baru."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |