Sidang Kemuncak Peringatan Ulang Tahun ke-15 Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN akan diadakan pada 30 Oktober di Bandar Nanning, selatan China. Wartawan CRI di Singapura, Lu Qing telah mewawancara duta besar China di Singapura, Encik Zhang Yun tentang perkembangan hubungan China-ASEAN.
Encik Zhangyun terlebih dahulu telah menyanjung tinggi perkembangan hubungan China-ASEAN pada 15 tahun yang lalu. Beliau berkata:
"Tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 penjalinan hubungan dialog China-ASEAN dan juga merupakan tahun kerjasama dan persahabatan China-ASEAN. Hubungan China-ASEAN berkembang dengan sangat baik."
Encik Zhang Yun berpendapat bahawa hubungan China-ASEAN dapat ditingkatkan secara berterusan kerana China telah melaksanakan dasar luar "pemeliharaan persahabatan, keamanan dan kemakmuran dengan negara-negara jiran. China tetap berusaha mendorong kerjasama dan persahabatan dengan negara-negara jiran, menggalakkan kerjasama rantau dengan aktif serta bergiat untuk mewujudkan kedamaian dan kemakmuran serantau. Beliau berkata:
"China amat mementingkan hubungan dengan negara jiran. Hubungan antara 10 buah negara ASEAN dengan China bersejarah lama. China mengamalkan dasar luar yang damai dan berkecuali."
Duta Besar Zhang Yun telah membentangkan perkembangan kerjasama dan persahabatan China-ASEAN dari segi politik, ekonomi, perdagangan dan kebudayaan. Beliau berkata:
"China dan ASEAN mempercayai antara satu sama lain dalam bidang politk. Terutamanya pada tahun 2003, China telah menandatangani Perjanjian Kerjasama dan Persahabatan Asia Tenggara. Saling mempercayai dalam bidang politik merupakan dasar bagi China untuk mengembangkan hubungan dengan ASEAN."
Encik Zhang Yun menyatakan bahawa China sentiasa menghormati negara negara ASEAN yang membangunkan negara mengikut jalan yang dipilih oleh mereka sendiri, menyokong ASEAN memainkan peranan penting dalam urusan serantau dan antarabangsa. Peningkatan kepercayaan dalam bidang politik telah menggalakkan perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua pihak. Pada November tahun 2002, China dan ASEAN telah menandatangani Perjanjian Rangka Kerjasama Ekonomi yang Menyeluruh, ini menandakan rundingan zon perdagangan bebas China-ASEAN telah dimulakan dan hubungan dua hala telah memasuki tahap yang baru. Zhang Yun menyatakan bahawa pertukaran kebudayaan China-ASEAN juga mencapai hasil yang baik. Beliau berkata:
Selain daripada kerjasama politik dan ekonomi, China dan ASEAN juga mempunyai pertukaran kebudayaan. Pada tahun 2005, kedua-dua pihak telah menandatangani memorandum kerjasama kebudayaan yang berharap meningkatkan pertukaran kebudayaan."
Ketika membicarakan Sidang Kemuncak Peringatuan Ulang Tahun ke-15 Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN yang akan diadakan, Duta Besar Zhang Yun berkata:
"Sidang tersebut amat bererti. Perdana Menteri China Wen Jiabao dan ketua-ketua negara 10 buah negara ASEAN akan menyertai sidang itu. Sidang kali ini akan menetapkan rancangan pembangunan kedua-dua pihak pada masa depan."
|