v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kepercayaan Merupakan Asas kepada Kerjasama China-ASEAN

2006-10-25 16:29:32 CRI

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 penjalinan hubungan rakan dialog China-ASEAN. Sidang kemuncak peringatan ulang tahun ke-15 penjalinan hubungan rakan dialog China-ASEAN akan diadakan di Bandar Nanning, Guangxi China pada 30 Oktober nanti. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ketika diwawancara oleh wartawan CRI dan media massa China yang lain baru-baru ini telah memberi penilaian yang positif terhadap kejayaan yang dicapai dalam kerjasama antara China dengan negara-negara ASEAN dalam tempoh 15 tahun lalu. Beliau berkata: "China telah mengekalkan perkembangan ekonomi yang amat pesat dalam tempoh 15 tahun lalu. Di samping itu, pertukaran ekonomi dan perdagangan China-ASEAN juga ditingkatkan dengan banyak."

Beliau berkata, ASEAN telah menganjurkan pelbagai jenis forum dan mekanisme dialog lain yang disertai oleh China. Penyertaan pihak China dalam forum tersebut telah membolehkan negara itu menjalankan kerjasama dengan pelbagia negara ASEAN bukan sahaja dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan, kebudayaan tetapi juga dalam bidang politik dan keselamatan. Beliau berkata: "Proses penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN telah dijalankan dengan amat lancar terutamanya dalam bidang perdagangan kargo sejak Mantan Perdana Menteri China, Zhu Rongji mengemukakan cadangan tentang penubuhan kawasan perdagangan bebas itu pada bulan Desember tahun 2000." Kedua-dua pihak telah menandatangani "Perjanjian Perdagangan Kargo" dan mula melaksanakannya secara menyeruluh sejak bulan Julai tahun lalu."

Beliau berpendapat bahawa kedua-dua pihak juga perlu meningkatkan kerjasama dalam bidang perkhidmatan dan pelaburan. Katanya, perkembangan ekonomi China dan ASEAN bersifat saling melengkapi. Pembangunan China telah menyediakan pasaran pelaburan yang amat besar kepada ASEAN, di samping itu, negara China yang mempunyai ramai penduduk juga merupakan pasaran besar bagi industri pelancongan pelbagai negara ASEAN. China telah mengekalkan pengimportan barangan yang berjumlah besar dari negara Asia Tenggara disamping mengeksport barangnya ke pelbagai negara ASEAN. Dalam kerjasama keselamatan pula, kedua-dua pihak juga telah mengadakan perbincangan dan menantadangani "Perisytiharan Tindakan Pelbagai Pihak Laut China Selatan" tentang isu Laut China Selatan.

Lee Hsien Loong juga telah menekankan pentingnya asas bagi kerjasama China-ASEAN. Beliau berkata: "Pada pendapat saya, prinsip saling menghormati, mempercayai, menguntungkan dan sama rata seharusnya dijadikan asas yang penting bagi kerjasama China-ASEAN. Seperti yang dinyatakan oleh pihak China bahawa negara anggota ASEAN dan pelbagai negara yang lain di dunia merupakan rakan yang sama rata sama ada negara itu besar atau pun kecil."

Li Hsien Loong juga menyatakan bahawa walaupun China dan Singapura mempunyai kepentingan masing-masing, namun tiada pertentangan dalam kepentingan asas kedua-dua pihak.

Beliau berkata, "Saya berasa hubungan Singapura-China amat baik. Kedua-dua pihak tetap mengekalkan hubungan pertukaran yang baik dalam bidang perdagangan, pendidikan, kebudayaan dan politik."

Li Hsien Loong juga menegaskan bahawa pihak Singapura tetap berpendapat bahawa pembangunan China bakal membawa kesan positif kepada serantau bahkan seluruh dunia.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |