Tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 penjalinan hubungan rakan dialog China-ASEAN. Ekspo China-ASEAN Ke-3 serta Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN akan diadakan di bandar Naning, selatan China pada penghujung bulan Oktober ini. Pakar berkenaan berpendapat bahawa ekpso dan sidang itu akan menyediakan peluang baru kepada perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan China-ASEAN, supaya taraf yang lebih tinggi dapat ditingkatkan dalam bidang kerjasama industri dan serantau daripada kerjasama perdagangan sahaja pada masa ini.
Kini, China dan ASEAN merupakan rakan dagang ke-4 terbesar antara satu sama lain. ASEAN merupakan pasaran pengeksportan yang ke-5 terbesar dan juga tempat pengimportan ke-3 terbesar bagi China. Setakat penghujung tahun lepas, negara-negara ASEAN telah melaksanakan 30 ribu buah projek pelaburan di China yang melibatkan modal sebanyak lebih 38 biliion Dolar Amerika. Naib Ketua Pengarah Institut Asia-Pasifik Akademi Sains Sosial China, Profesor Han Feng ketika menghuraikan trend pertumbuhan perdanganan China-ASEAN yang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini berkata: "Peningkatan perdagangan China-ASEAN yang pesat itu disebabkan oleh permintaan kedua-dua pihak. Ekonomi di pelbagai negara ASEAN dan China yang berkembang pesat telah menyebabkan peningkatan permintaan dan perdagangan kepada luar. China telah melaksanakan dengan bersungguh-sungguh sebagai negara anggota WTO dalam menurunkan tarif dan membuka pasaran kepada luar negara. Peningkatkan taraf buka pintu pasaran China juga membawa manfaat yang banyak kepada negara jiran.
Negara Myanmar merupakan sebuah negara pertanian yang berhampiran dengan China. Kaunselor Ekonomi dari Kedutaan Besar Myanmar di China, U Haodusun berkata pihak Myanmar sedang berusaha memperluas pengeksportan dan berharap agar menarik pelaburan dari China dan meningkatkan lagi hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua pihak. Selain itu, Myanmar juga berharap supaya Ekspo China-ASEAN kali ini dapat membantu mereka memperkenalkan pelbagai bahan mentah industri dan produk permesinan dari China. Beliau berkata: "Banyak perusahaan dari negara kami akan menyertai Ekspo China-ASEAN kali ini. Myanmar merupakan sebuah negara pertanian. Oleh hal yang sedimikian, kebanyakan produk yang akan kami pamerkan ialah produk pertanian. Kami juga berharap supaya memperkenalkan bahan mentah industri dan produk permesinan dari China agar mendorong pembangunan ekonomi kebangsaan.
Difahamkan bahawa jumlah perdagangan China-Myanmar mencatat 1.2 bilion Dolar Amerika pada tahun lepas dan dijangka akan meningkat kepada 2 bilion Dolar Amerika dalam tempoh setahun akan datang.
Naib Ketua Pengarah Institut Asia-Pasifik Akademi Sains Sosial China, Profesor Han Feng berkata, kini kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN sedang memasuki ke satu tahap yang baru.
Beliau berkata: "Penyusunan semula industri yang dilakukan dalam proses modenisasi di China dan juga dijalankan oleh pelbagai negara ASEAN sejak krisis kewangan berlaku pada tahun 1997 merupakan satu peluang yang amat baik kepada perkemganan hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua pihak."
Han Feng berpendapat bahawa perkara ini akan membawa kerjasama China-ASEAN meningkat kepada peringkat industri dan serantau daripada kerjasama perdagangan dan pelaburan pada masa ini. Penyelarasan perkembangan industri dan sumber tenaga bukan sahaja akan mendorong perdagangan secara berterusan antara China dengan ASEAN, tetapi juga akan berfaedah kepada penyelesaian persaingan dan perselisihan perdagangan antara kedua-dua pihak.
|