Tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 penjalinan hubungan dialog China-ASEAN dan juga merupakan ulang tahun ke-31 penjalinan hubungan diplomatik China-Thailand. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, hubungan China-ASEAN semakin erat, China dan Thailand tetap adalah berjiran baik. Perdana Menteri Thailand, Surayud Chulanont dan Menteri Luar Thailand, Nitya Pibulsonggram akan melawat China pada 29 Oktober dan menyertai Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN serta Ekspo China-ASEAN di bandar Nanning China.
Nitya terlebih dahulu telah meringkaskan peranan penjalinan hubungan dialog China-ASEAN. Beliau menyatakan bahawa dialog merupakan cara pertukaran yang paling berkesan dan paling penting antara China dengan ASEAN. Melalui dialog dan kerjasama, hubungan rakan strategik kerjasama yang menyeluruh China-ASEAN telah diwujudkan. Beliau berkata:
"Dialog boleh menyatupadukan ramai orang sama seperti bagi China dan ASEAN. Dialog boleh menggalakkan kepercayaan dan persefahaman serta menghapuskan halangan dalam hubungan kedua-dua pihak. Saya amat gembira melihat hubungan ASEAN-China semakin baik pada tempoh 15 tahun yang lalu. Maka, sidang kemuncak yang akan diadakan di Nanning amat penting, kami akan meninjau kembali masa yang lalu dan memandang ke hadapan."
Thailand merupakan salah satu negara anggota ASEAN yang penting, menyentuh masalah sidang kemuncak yang akan diadakan di Nanning, Nitya mendedahkan bahawa sidang kemuncak Nanning akan menjadi batu tanda yang penting bagi perkembangan hubungan China-ASEAN, sidang itu akan mencapai hasil yang penting. Beliau berkata:
"Pertama, ketua pelbagai negara akan menandatangani satu kenyataan yang merupakan pelan induk pembangunan pada masa depan. Saya mahu menegaskan bahawa kenyataan itu akan mengandungi peta garisan tindakan pada masa depan yang bukan sahaja akan memainkan peranan panduan terhadap keadaan nyata tetapi juga akan memandu perkembangan hubungan China-ASEAN. Selain itu, sidang kemuncak Nanning juga akan menumpukan perhatian kepada perdagangan dan pelaburan, mendorong perkembangan perdagangan China-ASEAN. Ini berfaedah kepada kedua-dua pihak dan akan menggalakkan perkembangan hubungan kalangan rakyat, berfaedah kepada perdagangan luar pelbagai negara."
Sejak China dan ASEAN menjalin hubungan dialog pada 15 tahun yang lalu, kedua-dua pihak telah menjalankan pertukaran dan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi dan perdagangan, keselamatan dan kebudayaan serta telah mencapai hasil yang baik. ASEAN mempunyai potensi pasaran bagi China, manakala meningkatkan perdagangan dengan China amat berfaedah bagi ASEAN. Beliau berkata:
"Negara negara ASEAN mempunyai jumlah penduduk hampir 2 bilion orang, ini bermakna pasaran di ASEAN amat besar bagi negara ASEAN dan China. Saya juga mengetahui bahawa China sedang membangunkan kawasan barat, maka, ASEAN juga boleh menyertai pembangunan kawasan barat China pada masa depan. Pendek kata, saya menganggap hubungan China-ASEAN adalah hubungan berfaedah kepada kedua-dua pihak."
|