Tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 penjalinan hubungan dialog China-ASEAN. Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN dan Ekspo China-ASEAN akan diadakan di bandar Nanning, Guangxi China pada 29 Oktober. Selain itu, Sidang Kemuncak Peringatan Ulang Tahun ke-15 Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN yang dianjurkan oleh Kemboja juga akan diadakan di sana. Baru baru ini, wartawan CRI telah mewawancara Perdana Menteri Kemboja, Samdech Hun Sen di Phnom Penh.
Terlebih dahulu Perdana Menteri Hun Sen telah menjelaskan kenapa Kemboja yang menganjurkan pengadaan Sidang Kemuncak Peringatan Ulang Tahun ke-15 Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN. Beliau berkata:
"Sidang kemuncak peringatan yang akan diadakan adalah dianjurkan oleh Kemboja dan adalah untuk memperingati ulang tahun ke-15 penjalinan hubungan dialog China-ASEAN. Manakala, jika tidak ada bantuan daripada China dan negara-negara ASEAN, sidang kemuncak kali ini akan tidak dapat diadakan. Saya mengemukakan cadangan untuk mengadakan sidang kali ini adalah kerana sidang itu amat penting bagi China dan ASEAN, bilangan penduduk China dan negara-negara ASEAN berjumlah 2 bilion orang, pasarannya amat besar bagi kedua-dua pihak. Sebenarnya dalam Sidang Kemuncak ASEAN yang diadakan di Phnom Penh pada tahun 2002, pelan induk tindakan tentang meningkatkan kerjasama dengan China telah ditetapkan. Hubungan kerjasama China-ASEAN berkembang dalam pelbagai bidang, ASEAN telah mendapat keuntungan daripada kerjasama tersebut. Maka, sidang kemuncak kali ini berfaedah kepada China dan ASEAN bahkan kawasan seluruh Asia Tenggara.
Hun Sen menegaskan bahawa memandang ke hadapan mesti meninjau kembali masa dulu, pertukaran lawatan antara ASEAN dengan China dijalankan dan ditingkatkan dengan perlahan-lahan. Beliau berkata:
"Pada tahun 1970-an hingga 1980-an, China dan negara-negara Asia Tenggara tidak mempercayai antara satu sama lain. Sejak hubungan dialog China-ASEAN dijalin, kami mendapati bahawa hubungan kepercayaan dan kerjasama antara kedua-dua pihak mulai dibina. Sekarang kepercayaan dan kerjasama yang sepenuhnya antara China dengan negara-negara ASEAN telah diwujudkan."
Melalui perkembangan dalam tempoh 15 tahun, China dan ASEAN telah menjadi rakan strategik. Pertukaran lawatan yang kerap diadakan antara kedua-dua pihak dalam bidang politk, ekonomi, kebudayaan dan lain-lain. Hun Sen berkata:
"Pertukaran lawatan sering diadakan antara pemimpin negara-negara ASEAN dengan China. Kami bersedia menubuhkan zon perdagangan bebas China-ASEAN. Dalam bidang teknologi tinggi termasuk sektor IT, kami juga mempunyai kerjasama dan pertukaran lawatan yang erat."
Ketika membicarakan masalah meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan antara Kemboja dengan China, Hun Sen menyatakan bahawa tugas utama adalah menarik pelaburan China dan menambah pengeksportan terhadap China. Beliau berkata:
"Terlebih dahulu Kemboja akan berusaha menarik pelaburan China dengan pelbagai cara, kemudian berusaha mengeksport lebih banyak barangan kepada China."
|