Menurut Agensi Berita Xinhua, sekretariat Ekspo China-ASEAN hari ini menyatakan bahawa kerja persiapan Ekspo China-ASEAN Ke-3 dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN telah beres.
Pada 31 Oktober ini, Ekspo China-ASEAN Ke-3 dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN ke-3 akan dirasmikan di bandar Nanning, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China. Dimaklumkan bahawa barang pameran dari dalam dan luar negara telah dihantar ke Nanning. Dijangka bahawa jumlah orang yang menyertai ekspo kali ini akan mencapai 60 ribu orang.
Di samping itu, Sidang Kemuncak Sambutan Ulang Tahun ke-15 Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN juga akan diadakan di Nanning pada 30 Oktober ini.
|