Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pagi tadi telah tiba di bandar Nanning Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China untuk menghadiri Sidang Kemuncak Sambutan Ulang Tahun Ke-15 Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN.
Semasa diwawacarai oleh wartawan China sebelum berlepas ke China, Lee Hsien Loong menyatakan bahawa sejak penjalinan hubungan dialog ASEAN-China, kerjasama bersahabat kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang mencapai kemajuan yang besar. Perkembangan secara menyeluruh hubungan bersahabat ASEAN-China bukan sahaja bermanfaat bagi serantau, tetapi juga bermanfaat bagi sedunia. Sebagai anggota negara ASEAN, Singapura akan terus berusaha mendorong perkembangan hubungan tersebut.
|