v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China-ASEAN Tandatangani Kenyataan Bersama
2006-10-30 18:48:26 CRI

Menurut berita CRI, China dan ASEAN telah menandatangani satu "Kenyataan Bersama" dalam Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun ke-15 Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN yang diadakan di bandar Nanning hari ini. Perdana Menteri China, Wen Jiabao dan pemimpin negara-negara ASEAN telah menghadiri upacara penandatanganan itu.

Kenyataan Bersama tersebut berpendapat bahawa usaha China dan ASEAN dalam mengembangkan hubungan rakan strategik untuk kedamaian dan kemakmuran bukan sahaja dapat mendorong perkembangan bersama di samping membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, bahkan juga telah memberikan sumbangan yang besar kepada usaha mendorong kedamaian, kestabilan dan kemakmuran sedunia.

Kenyataan itu menekankan bahawa China dan ASEAN akan terus meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam bidang politik dan keselamatan, ekonomi, kebudayaan sosial dan lain-lain, mempertingkatkan persefahaman dan kepercayaan antara satu sama lain dan berusaha bersama-sama untuk mendorong kedamaian, pembangunan dan kemakmuran di rantau ini.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |