Wartawan CRI melaporkan berita bahawa Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah menemui secara berasingan Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen di bandar Nanning China pagi tadi.
Pemimpin kelima-lima negara tersebut akan menyertai Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun ke-15 Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN yang diadakan di Nanning.
Perdana Menteri China, Wen Jiabao dan pemimpin kelima-lima negara tersebut amat menghargai perkembangan hubungan China-ASEAN yang baik dan bresepakat menyatakan kesediaan untuk terus mendorong kerjasama dua hala yang saling menguntungkan, menjadi jiran dan sahabat baik yang berkekalan..
Wen Jiabao berkata bahawa sidang kemuncak China-ASEAN kali ini merupakan sidang yang meningkatkan kerjasama dan persahabatan serta sidang yang menghadapi masa hadapan. Beliau berharap agar dapat bertukar-tukar pendapat dengan pemimpin pelbagai negara ASEAN tentang masalah yang konkrit dan mendorong hubungan kerjasama China-ASEAN terus berkembang.
Pemimpin kelima-lima negara tersebut menyatakan bahawa sidang kemuncak China-ASEAN kali ini amat penting, pelbagai pihak bersedia berusaha untuk menjamin sidang kali ini diadakan dengan jayanya, mendorong hubungan rakan strategik China-ASEAN berkembang ke tahap yang baru.
Wen Jiabao dan pemimpin kelima-lima negara tersebut juga telah bertukar-tukar pendapat tentang masalah serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.
|