v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wen Jiabao Kemukakan Cadangan 4 Perkara untuk Kembangkan Hubungan China-Malaysia
2006-10-30 15:57:40 CRI

Wartawan CRI melaporkan berita bahawa Perdana Menteri China Wen Jiabao ketika menemui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abudllah Haji Ahmad Badawi di bandar Nanning pagi tadi telah mengemukakan cadangan 4 perkara untuk mengembangkan hubungan kerjasama dan persahabatan China-Malaysia.

Wen Jiabao berkata bahawa perkembangan hubungan China-Malaysia amat baik, untuk mendorong perkembangan hubungan kerjasama dan persahabatan China-Malaysia, China mencadangkan bahawa meningkatkan pertukaran lawatan pemimpin kedua-dua negara; menjalankan penyelidikan dengan secepat mungkin tentang Perjanjian Hubungan Rakan Ekonomi yang Erat, mendorong kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala dengan menyeluruh; mendorong kerjasama sektor sumber tenaga; meningkatkan kerjasama untuk memerangi jenayah antarabangsa dan bersama-sama memelihara keamanan rantau ini.

Abdullah berkata bahawa Malaysia mementingkan meningkatkan hubungan persahabatan dengan China dan berharap agar dapat menjalankan pertukaran lawatan dengan China dalam pelbagai bidang serta meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan. Sumber tenaga merupakan sektor utama dalam kerjasama kedua-dua negara, Malaysia mengalu-alukan China membeli gas asli Malaysia dan bersedia mendorong kerjasama kedua-dua negara dalam bidang tersebut.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |