Wartawan CRI melaporkan berita iaitu Perdana Menteri China, Wen Jiabao ketika menemui Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo berkata bahawa China, Filipina dan Vietnam memutuskan untuk bersama-sama meneroka Laut China Selatan. Ini amat bererti bagi memelihara kedamaian dan kestabilan rantau Laut China Selatan dan meningkatkan kepercayan dan kerjasama ketiga-tiga negara tersebut.
Perdana Menteri China Wen Jiabao berkata bahawa kerjasama penerokaan laut selatan China yang dijalankan bersama-sama oleh China, Filipina dan Vietnam telah mencapai hasil. Ketiga-tiga negara akan terus berusaha untuk membincangkan mekanisme kerjasama pada masa depan dan mendorong kerjasama itu mencapai kemajuan yang hakiki.
Arroyo berkata bahawa Filipina, China dan Vietnam berpuas hati terhadap kemajuan tersebut dan bersedia membincangkan kerjasama pelbagai pihak pada masa depan.
|