Wartawan CRI melaporkan berita bahawa Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun ke-15 Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN telah berakhir di Nanning, Guangxi China petang tadi. Pemimpin China dan negara negara ASEAN yang menghadiri sidang tersebut telah menemui wartawan. Pemimpin kedua-dua pihak bersepakat menganggap bahawa sidang kali ini telah mencapai hasil yang penting.
Perdana Menteri China Wen Jiabao dan negara pengerusi bergilir ASEAN, Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo ketika bersama-sama menemui wartawan menyatakan bahawa sidang kali ini mempunyai erti bersejarah dan akan mendorong hubungan China-ASEAN ke tahap yang lebih kuat, mendalam dan berdinamik.
|