v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ekspo China-ASEAN ke-3 Diadakan di Nanning
2006-10-31 09:31:47 CRI

Menurut berita CRI, Ekspo China-ASEAN ke-3 yang akan berlangsung selama 4 hari telah dirasmikan di Nanning, Guangxi China hari ini. Perdana Menteri China, Wen Jiabao dan pemimpin negara-negara ASEAN termasuk Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo dari negara pengerusi bergilir ASEAN dan lain-lain telah menghadiri upacara perasmian ekspo itu.

Ketika menyampaikan ucapan dalam upacara perasmian itu, Wen Jiabao berkata, Ekspo China-ASEAN yang dianjurkan oleh China dan kerajaan 10 negara ASEAN telah memperlihatkan hasrat kedua-dua pihak untuk merebut peluang dan mempererat kerjasama. Ekspo itu telah membina satu platform yang saling menguntungkan dan berkembang di samping juga telah mendorong kerjasama China-ASEAN dalam bidang perdagangan, pelaburan, pelancongan dan sebagainya. Wen Jiabao berharap agar kedua-dua pihak China dan ASEAN dapat terus berusaha untuk merealisasikan matlamat yang jumlah dagangan dua hala antara kedua-dua pihak melebihi 200 bilion dolar Amerika pada tahun 2010.

Gloria Macapagal Arroyo berkata, perdagangan ASEAN-China sedang berkembang dengan pesat. Pelaburan negara-negara ASEAN terhadap China semakin bertambah, maka ASEAN juga berharap agar China dapat meningkatkan pelaburan terhadap negara-negara ASEAN.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |