v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China-ASEAN Akan Tingkatkan Kerjasama Antidadah
2006-10-31 11:25:05 CRI

Menurut berita CRI, jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang di Nanning China semalam menyatakan bahawa China dan ASEAN akan meningkatkan kerjasama dalam bidang antidadah.

Qin Gang menyatakan demikian selepas Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun Ke-15 Penjalinan Hubungan Rakan Dialog China-ASEAN yang berakhir semalam. Beliau berkata, dalam sidang kemuncak itu, Perdana Menteri Myanmar, Soe Win telah mencadangkan supaya ASEAN dan China meningkatkan kerjasama dalam bidang antidadah dan Perdana Menteri China, Wen Jiabao amat menyetujui cadangan itu. Pihak China berpendapat bahawa China dan Myanmar merupakan dua negara yang terjejas oleh jenayah dadah, maka usaha mengambil tindakan untuk membebaskan Myanmar dan negara-negara ASEAN yang lain daripada dadah bersesuaian dengan kepentingan China. Pihak China bersedia untuk melaksanakan kerjasama dengan ASEAN dalam bidang tersebut.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |