Ekspo China-ASEAN Ke-3 dan telah dirasmikan di Nanning, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China hari ini. Perdana Menteri China, Wen Jiabao semasa menghadiri aktiviti yang berkenaan menyatakan bahawa perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan China-ASEAN secara menyeluruh telah mendatangkan keuntungan ekonomi reatistik kepada pelbagai Negara dan merupakan asas penting dan penjana utama kepada perkembangan hubungan China-ASEAN. Pemimpin pelbagai negara anggota ASEAN yang menghadiri ekspo dan sidang kemuncak tersebut juga memberi penilaian yang positif terhadap perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan China-ASEAN dan berkeyakinan kepada prospek perkembangan hubungan itu pada masa depan.
Penganjuran Ekspo China-ASEAN dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN setahun sekali merupakan anjuran Perdana Menteri China, Wen Jiabao dan ditetapkan sebagai dua aktiviti dua hala oleh pemimpin China-ASEAN. Bandar Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China merupakan tempat kekal kepada penganjuran kedua-dua aktiviti tersebut.
Ketika menyampaikan ucapan dalam upacara perasmian Ekspo China-ASEAN Ke-3, Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah memberikan penilaian positif kepada ekspo yang dianjurkan bersama oleh China dan pelbagai negara anggota ASEAN. Beliau berkata: "Ekspo China-ASEAN yang diadakan bersama oleh kerajaan China dan 10 negara anggota ASEAN telah memperlihatkan hasrat pelbagai pihak untuk memperdalam kerjasama dan menyediakan platform bagi tujuan saling menguntungkan dan berkembang bersama. Ekspo tersebut telah mendorong kerjasama yang bersifat pragmatik antara kedua-dua pihak dalam bidang seperti perdagangan, pelaburan, pelancongan dan lain-lain."
Dimaklumkan bahawa penganjuran Ekspo China-ASEAN itu bertujuan untuk mendorong penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN dan mengadakan kerjasama demi pembangunan bersama. Ekspo China-ASEAN yang telah diadakan sebanyak dua kali sejak bulan November tahun 2004 telah menjadi langkah teladan untuk mengeratkan hubungan China-ASEAN dan merupakan salah satu satu petanda yang amat penting kepada proses perkembangan hubungan China-ASEAN dalam bidang ekonomi dan perdagangan.
Presiden Filipina yang juga pengerusi bergilir ASEAN, Gloria Macapagal Arroyo ketika menyampaikan ucapan dalam upacara perasmian Ekspo China-ASEAN Ketiga berkata: Beliau berkata: "Perkembangan hubungan China-ASEAN berfaedah kepada negara anggota ASEAN. Jumlah perdagangan antara kami dengan China sedang bertumbuh secara berterusan. Jumlah pelaburan pelbagai negara ASEAN di China juga semakin meningkat. Kami juga berharap supaya China meningkatkan lagi pelaburan di pelbagai negara ASEAN."
Semasa menyampaikan ucapan dalam upacara perasmian Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-3 yang diadakan kemudian, Perdana Menteri China, Wen Jiabao menyatakan bahawa terdapat ruang pasaran yang meluas di China dan pelbagai negara ASEAN yang mempunyai penduduk seramai lebih 1.8 bilion orang. Terdapat potensi yang amat besar dalam kerjasama China-ASEAN kerana sifatnya yang saling melengkapi dalam bidang sumber tenaga, industri, perdagangan barangan dan lain-lain.
Di samping itu, Wen Jiabao juga telah mengemukakan cadangannya tentang memperluas bidang-bidang kerjasama dan memperkaya isi kandungan kerjasama yang sedia ada. Beliau berkata: Beliau berkata: "Kedua-dua pihak perlu berusaha untuk menyediakan syarat kemudahan bagi mendorong perdagangan dua hala dan meningkatkan import-eksport barangan elektronik, permesinan dan teknologi baru. Walaupun China menghadapi kekurangan dagangan dengan ASEAN, namun China tetap bersedia untuk membuka pasaran kepada negara ASEAN dan terus meningkatkan pengimportan dari ASEAN."
|