Menurut Agensi Berita Xinhua China, badan media utama Vietnam semalam masing-masing mengeluarkan rencana pengarang yang amat menghargai Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun Ke-15 Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN. Dalam rencana tersebut tersebut dinyatakan bahawa sidang kemuncak kali ini merupakan perkara yang penting dalam perkembangan hubungan China-ASEAN dan akan mendorong perkembangan hubungan rakan strategik China-ASEAN ke tahap yang baru.
Rencana yang dikeluarkan oleh Akhbar People's Army Vietnam yang bertajuk: Perkara Penting dalam hubungan ASEAN-China berbunyi bahawa China sedang melaksanakan strategi "pembangunan secara damai" dan sedang memainkan peranan yang semakin penting dalam urusan serantau dan antarabangsa, manakala pelbagai negara ASEAN sedang berusaha untuk mewujudkan sasaran yang menubuhkan komuniti ASEAN menjelang tahun 2020. Dengan latar belakang tersebut, sidang kemuncak China-ASEAN yang telah diadakan itu merupakan peluang yang amat baik bagi pemimpin kedua-dua pihak untuk membincangkan hubungan rakan strategik pada masa depan.
|